• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TI-Malaysia Gesa Tubuh RCI Siasat Skandal Pembinaan PFI

oleh AK-47
12/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TI-Malaysia Gesa Tubuh RCI Siasat Skandal Pembinaan PFI
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal berbilion ringgit membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Pembinaan PFI Sdn Bhd.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden TI-Malaysia, Dr Muhammad Mohan berkata, ia perlu didedahkan secara telus kepada Parlimen bagi mengelakkan wujudnya sebuah lagi skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd atau Sabah Watergate.

“Dana pencen dan persaraan kami bukanlah sumber pembiayaan untuk projek berisiko tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) sebelum ini menggesa kerajaan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaannya mengenai pinjaman hampir RM30 bilion oleh syarikat kepunyaan Menteri Kewangan, Pembinaan PFI Sdn Bhd.

C4 baru-baru ini turut mendedahkan Pembinaan PFI Sdn Bhd, syarikat yang tidak mempunyai kakitangan pengurusan, dan hanya dikendalikan pengarahnya sahaja mendapat pinjaman berjumlah RM30 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

SPRM juga dilapor menyiasat syarikat itu pada 2018, susulan temu bual dengan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming, namun tiada perkembangan berhubung siasatan sejak itu

Dalam pada itu, Muhammad berkata, SPRM perlu membersihkan nama GLC itu dengan penemuan mereka jika siasatan mendapati tiada kesalahan dilakukan berbanding apa yang didakwa oleh C4 dalam penemuan mereka bahawa terdapatnya penggunaan sumber awam.

“Apabila inisiatif ‘pembiayaan swasta’ ini dijamin dan dibiayai oleh agensi kerajaan dan pembiayaan disediakan oleh bank yang kebanyakannya dimiliki oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), kita mesti akan tertanya, adakah projek-projek tersebut dipanggil sebagai projek ‘swasta’, hanya untuk mengelakkan akauntabiliti?

“Jika SPRM telah menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kes itu dan mendapati tiada kesalahan yang dilakukan, malah bercanggah dengan semua penemuan C4 (menggunakan sumber awam), maka SPRM harus membersihkan nama GLC tersebut dengan penemuan mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: RCISkandal Pembinaan PFITI-Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

12/06/2024
1

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd