• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taliban Akan Haramkan TikTok, PUBG

oleh Mohd Arshad
21/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Taliban Akan Haramkan TikTok, PUBG
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Pemerintah Taliban akan menguatkuasakan larangan penggunaan aplikasi perkongsian video popular, TikTok dan permainan video PUBG di Afghanistan dalam masa 90 hari, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sejak organisasi itu memerintah Afghanistan, pelbagai platform media dan laman web disekat kerana menerbitkan maklumat serta kandungan yang dianggap tidak bermoral.

Hak dan fungsi saluran media di negara Asia Selatan itu turut disekat sejak pengambilalihan kuasa oleh Taliban.

Dalam persidangan bersama pegawai sektor keselamatan dan pentadbir undang-undang syariah, pemerintah Taliban mengumumkan akan mengharamkan dua aplikasi itu di Afghanistan dalam tempoh masa tersebut, lapor agensi berita Khaama Press.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Afghanistan telah dimaklumkan mengenai larangan itu dan diminta mematuhinya dalam masa yang ditetapkan.

“Kami telah menyekat 23.4 juta laman web. Mereka menukar halaman setiap kali disekat. Jadi setiap kali anda menyekat satu laman web, satu lagi akan akif,” kata Menteri Komunikasi, Najibullah Haqqani.

Dalam pada itu, timbalan menteri komunikasi Afghanistan, Ahmad Masaoud Latif Rai menyelar Facebook kerana enggan bekerjasama dengan Taliban mengenai penyederhanaan kandungan online.

Terdapat perubahan besar dalam budaya media di Afghanistan termasuk penutupan lebih daripada setengah juta saluran media, larangan ke atas beberapa saluran dan laman web, peningkatan sekatan kerja, keganasan dan ancaman terhadap wartawan.

Sejak Taliban berkuasa, lebih 45 peratus wartawan telah meninggalkan pekerjaan mereka, manakala sekatan yang semakin ketat terhadap media di Afghanistan juga mendapat kritikan meluas masyarakat antarabangsa.

-Kosmo Online

Tags: PUBGtalibanTikTok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TikTok AS Kini Diambil Alih Billionaire Yahudi Pro Zionist – Kiblat Kandungan Dijangka Berubah

TikTok AS Kini Diambil Alih Billionaire Yahudi Pro Zionist – Kiblat Kandungan Dijangka Berubah

26/09/2025
0

TikTok AS Kini Diambil Alih Billionaire Yahudi Pro Zionist - Kiblat Kandungan Dijangka Berubah

‘Saya Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan TikTok’ – Fahmi

‘Saya Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan TikTok’ – Fahmi

04/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi tidak berpuas hati dengan sikap pengurusan TikTok yang dianggap tidak serius menangani isu berhubung aplikasi dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd