• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Wajar Dakwa Kita Gagal Susulan Kenaikan OPR

oleh AK-47
12/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tak Wajar Dakwa Kita Gagal Susulan Kenaikan OPR
Share on FacebookShare on Twitter

Adalah tidak wajar untuk menuduh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan khas itu di Putrajaya hari ini, Annuar berkata hal berkaitan polisi monetari negara bukan diputuskan pasukan khas itu atau kabinet, tetapi diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) di bawah BNM, yang mempunyai rekod cemerlang dalam pengurusan ekonomi negara.

“Tidak wajar seorang ahli parlimen kata OPR dinaikkan 25 mata oleh sebab itu jawatankuasa gagal.

“Terlalu dangkal cara penilaian terhadap pengurusan ekonomi negara,” kata Annuar mengulas gesaan Pengerusi DAP Lim Guan Eng (gambar, bawah) supaya pasukan khas itu dibubarkan.

Lim pada Jumaat lepas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi serta menyifatkan mereka tidak berkesan, cekap dan relevan, untuk membendung kenaikan harga.

Memetik kenyataan BNM bahawa kenaikan OPR disebabkan tekanan inflasi, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata perkara itu pada dasarnya menafikan dakwaan Annuar bahawa inflasi dalam keadaan terkawal.

-Malaysia Kini

Tags: OPRPasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd