• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perselisihan Ahli Sindiket Dadah Punca Ejen Kosmetik Diculik

oleh Mohd Arshad
15/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perselisihan Ahli Sindiket Dadah Punca Ejen Kosmetik Diculik
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Perselisihan di antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, petang kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata siasatan awal pihaknya mendapati suami Rosnazirah Mohd Naim terbabit dalam aktiviti sindiket dadah.

Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun semalam berkait kes penyeludupan dadah.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Bagi kes ini, polis percaya tiada pembabitan pihak lain kerana kita percaya kejadian ini berlaku akibat perselisihan di kalangan ahli sindiket.

“Kita juga sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Suami mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi lelaki mempunyai tujuh rekod jenayah. Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.10 petang kelmarin, Rosnazirah, 36, ejen jualan kosmetik dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam kelmarin di Kampung Kuala Jambu.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang menculiknya petang kelmarin.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dan satu operasi khas dilancarkan bagi menyelamatkan wanita berkenaan. Kita percaya wanita berkenaan dalam keadaan selamat.

“Pihak berkuasa Thailand juga memberi maklum balas positif bagi mengesan mangsa yang dipercayai berada di negara berkenaan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk kampung supaya tidak bimbang dan takut dengan apa yang berlaku kerana insiden seperti itu bukan berlaku kepada semua orang.

“Ini kerana apa yang berlaku di antara ahli sindiket dan mereka mengenali antara satu sama lain.

“Sehingga kini, keluarga mangsa juga tidak menerima sebarang panggilan daripada suspek dan siasatan terhadap nombor kenderaan Toyota Vios yang digunakan suspek adalah nombor pendaftaran palsu,” katanya.

BHonline-

Tags: ahli sindiket dadahDiculikperselisihan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Remaja Perempuan Reka Cerita Diculik Kerana Tak Mahu Pergi Mengaji

05/05/2024
0

KOTA KINABALU: Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya menjadi mangsa culik sebelum dapat menyelamatkan diri, Rabu lalu didapati hanya cerita rekaan....

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

Bella Disyaki Diculik, Teman Lelaki Ditahan

28/12/2023
0

Batu Pahat: Polis mengesahkan sudah menahan seorang individu dipercayai teman lelaki Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella bagi membantu siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd