• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Nafi Wujud Unsur Intimidasi Ketika Rakam Keterangan Rafizi

oleh Mohd Arshad
05/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PDRM Nafi Wujud Unsur Intimidasi Ketika Rakam Keterangan Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan berlaku unsur intimidasi semasa mengambil keterangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM telah memanggil dan merakam percakapan daripada Rafizi pada 3 September lalu bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial didakwa berunsur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Latiff Ahmad.

“Bagi membantu siasatan, sebuah telefon bimbit bersama kad sim yang dipercayai digunakan Rafizi untuk memuat naik hantaran yang disiasat telah diambil dan disimpan PDRM bagi proses analisa forensik digital.

“PDRM menafikan tindakan menyimpan telefon bimbit milik Mohd Rafizi Ramli sebagai satu bentuk intimidasi dan sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada proses siasatan bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan analisa forensik digital dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Acryl, peranti berkenaan akan dipulangkan kelak setelah proses analisa dan siasatan selesai dilakukan pegawai penyiasat kes tersebut.

Jelasnya, PDRM juga sedang menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Abd. Latiff dan sesi rakaman keterangannya telah pun selesai dijalankan.

“Proses siasatan bagi kedua-dua laporan polis adalah secara profesional tanpa sebarang bentuk tekanan seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan memberikan ruang kepada PDRM untuk menyiapkan kertas siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan dalam laman Facebook memberitahu rasa kesal dengan tindakan polis merampas telefon bimbit milik Rafizi.

Ahli Parimen Port Dickson itu menyifatkan tindakan itu sebagai proses intimidasi yang perlu dihentikan segera oleh polis agar tidak memberi tekanan kepada Rafizi.

-Kosmo Online

Tags: nafiPDRMRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd