• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasaran Hartanah Meningkat 30 Peratus Berbanding Tahun Lalu

oleh Mohd Arshad
14/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pasaran Hartanah Meningkat 30 Peratus Berbanding Tahun Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasaran hartanah tempatan menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus daripada segi bilangan dan nilai berbanding tempoh sama tahun lalu dengan L

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, ia melibatkan semua subsektor hartanah seperti kediaman, perdagangan, industri, pertanian dan tanah pembangunan yang mencatat peningkatan aktiviti transaksi.

Katanya, subsektor kediaman terus memacu pasaran dengan menguasai lebih 60 peratus daripada bilangan keseluruhan transaksi iaitu hampir 54 peratus daripada keseluruhan nilai transaksi.

“Subsektor pertanian dengan syer hampir 22.1 peratus daripada segi bilangan manakala subsektor perdagangan di tempat kedua dengan syer 16.6 peratus daripada segi nilai transaksi

“Segmen pelancaran kediaman baharu menyaksikan lebih 10,000 unit baharu dilancarkan pada tempoh kajian, berbanding lebih 31,000 unit tahun lepas dan prestasi jualan purata negara adalah pada kadar 20.3 peratus,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama Tahun 2022 anjuran Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di INSPEN hari ini.

Mohd Shahar berkata, segmen pelancaran kediaman baharu masih memperlihatkan sentimen berhati-hati walaupun aktiviti pasaran melihat trend yang positif.

Bagi segmen tidak terjual siap dibina (Overhang) katanya, lebih 34,000 ribu unit kediaman bernilai RM21.7 bilion direkodkan dalam separuh pertama tahun ini dengan Johor merupakan negeri mencatatkan jumlah tertinggi.

Katanya, situasi itu bertambah baik dengan penurunan marginal bilangan dan nilai setiap satu pada 7.5 peratus dan 4.6 peratus berbanding separuh kedua tahun 2021.

“Hampir 60 peratus daripada overhang adalah hartanah kondominium atau pangsapuri manakala daripada segi lingkungan harga kira-kira 43 peratus berharga lebih daripada RM500 ribu seunit.

“Johor kekal dengan bilangan kediaman overhang tertinggi dalam negara dengan merekodkan lebih 6,000 unit overhang bernilai RM4.7 bilion, menyumbang lebih 17 peratus dan 21 peratus setiap satu daripada bilangan dan nilai overhang negara,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: pasaran hartanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasaran Hartanah Kekal Mencabar

02/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Unjuran ke atas pasaran hartanah dijangkakan terus mencabar dengan bekalan melebihi permintaan, menurut Kenanga Research hari ini....

Ketidakseimbangan Pasaran Hartanah Berlanjutan – BNM

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketidakseimbangan dalam pasaran hartanah terus berlarutan, kata Bank Negara Malaysia. Bank pusat itu berkata, bilangan unit rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd