• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantau, Banteras Samseng Jalanan Di Pulau Pinang Berterusan

oleh AK-47
09/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pantau, Banteras Samseng Jalanan Di Pulau Pinang Berterusan
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Sebanyak 119 motosikal disita kerana disyaki terbabit dalam aktiviti samseng jalanan menerusi operasi dan pemantauan yang dijalankan polis dengan pelbagai agensi sekitar negeri ini sejak 17 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut statistik Polis Pulau Pinang, sebanyak 25 penunggang motosikal ditahan dan 119 motosikal turut di sita sepanjang tempoh berkenaan dan 712 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Mengikut statistik berkenaan juga, sebanyak 26 operasi sudah dijalankan Polis Pulau Pinang dengan pemantauan sebanyak 18 kali.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi dan pemantauan terus dijalankan bagi mengekang kegiatan lumba haram dan aktiviti rempit susulan insiden kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, pada Julai lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada penganjuran perlumbaan haram yang besar di negeri ini tetapi hanya kes kecil membabitkan penunggang mempamerkan aksi berbahaya di jalan raya.

“Pemantauan turut dilakukan bersama agensi lain bagi memastikan tidak ada lagi kegiatan seumpamanya.

“Sejak kejadian itu, kita tidak dapat apa-apa maklumat berlaku perlumbaan haram yang besar, cuma ada beberapa kes membabitkan melakukan aksi berbahaya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, penunggang yang ditahan juga sudah dikenakan tindakan reman.

“Ia bukan tindakan kejam tetapi bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa aktiviti itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya lagi.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai kemalangan pada 17 Julai lalu, yang meragut tiga nyawa di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram sebelum hilang kawalan sebelum merempuh antara satu sama lain.

-Harian Metro

Tags: polisPulau PinangSamseng Jalanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd