• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Hadir Di Mahkamah Tinggi

oleh AK-47
05/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib Hadir Di Mahkamah Tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi pada Isnin bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun bekas Perdana Menteri itu sebelum ini dilapor dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang tiba sekitar 8.50 pagi di Mahkamah Tinggi.

Najib, 69, dilihat memakai sut berwarna gelap dan diiringi pegawai penjara bagi menghadiri prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Turut kelihatan hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada Ahad, pegawai Najib dilaporkan mengesahkan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Bagaimanapun, keadaan Najib dilapor stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang diperlukan.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

-Sinar Harian

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMahkamah Tinggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rekod Perintah Persetujuan Caprice Turunkan, Tarik Balik 9 Kenyataan Terhadap Murad Zaidi

Mahkamah Rekod Perintah Persetujuan Caprice Turunkan, Tarik Balik 9 Kenyataan Terhadap Murad Zaidi

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini merekodkan perintah persetujuan membabitkan pempengaruh media sosial, Caprice, untuk segera menurunkan serta menarik balik...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd