• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

oleh Mohd Arshad
26/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli belah di pasar raya menggunakan pembayaran secara dalam talian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kajian oleh Visa mendapati sebanyak 93 peratus pengguna di Asia Tenggara (SEA) mula menggunakan pelbagai kaedah pembayaran tanpa tunai.

Ia termasuk kad, kad tanpa sentuh, teknologi mudah alih tanpa sentuh, dompet elektronik dan pembayaran kod QR untuk pelbagai urusan kewangan mereka.

Penemuan yang tertera dalam ‘Consumer Payment Attitudes Study 2022 : Navigating A New Era In Payments’ mendapati sikap ini diterajui oleh pengguna di Singapura (97 peratus), Malaysia (96 peratus), Indonesia (95 peratus).

Begitu juga dalam urusan percukaian apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian untuk orang ramai di negara ini.

Ia termasuk dalam urusan Borang Nyata (BN), penggunan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai dan banyak lagi.

HASiL malah telah pun menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan cek melalui kiriman mel (pos) atau kurier mulai 1 Januari 2021.

Namun, sehingga kini masih ada sebilangan pembayar cukai yang masih memilih untuk membayar cukai kepada HASiL bukan secara dalam talian.

Sebagai contoh masih ada majikan masih membuat bayaran secara tunai atau cek melalui kaunter bank atau Automated Teller Machine (ATM) di CIMB.

Meskipun tiada halangan untuk membayar cukai menggunakan kaedah tersebut, ia tidak menyokong kepada usaha menjadikan Malaysia sebuah negara tanpa tunai.

Malah kaedah tanpa tunai adalah lebih selamat kerana ia dapat mengurangkan risiko kehilangan wang secara fizikal mahupun ancaman jenayah.

Transaksi dalam talian juga mengelakkan daripada berdepan situasi kehilangan resit pembayaran yang amat penting jika terdapat sebarang isu berbangkit di masa depan.

Menurut perangkaan Bank Negara Malaysia, sejumlah 833.9 juta transaksi telah dibuat melalui perbankan Internet dari Januari sehingga Disember 2018.

Statistik menunjukkan bahawa transaksi perbankan mudah alih juga meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama 2018 kepada 1.92 bilion.

Justeru, galakan untuk menguruskan urusan percukaian secara dalam talian wajar disambut baik oleh para pembayar cukai kerana ia selari dengan sasaran Malaysia tanpa tunai.

-Mynewshub

Tags: hasilLHDNMPerkhidmatan Digital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai

01/11/2025
0

5 Sebab Kenapa Usahawan Kecil Wajib Ambil Berat Soal Cukai Cukai bukan beban, tapi pelindung bisnes anda! Kalau nak perniagaan...

Panduan Lengkap Cukai Korporat di Malaysia: Apa yang Setiap Syarikat Perlu Tahu?

Panduan Lengkap Cukai Korporat di Malaysia: Apa yang Setiap Syarikat Perlu Tahu?

02/10/2025
0

Cukai korporat adalah tanggungjawab utama setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi satu sumber utama hasil negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd