• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah

oleh AK-47
01/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegur tindakan golongan yang berada dalam kesempitan supaya bersikap bijak menyesuaikan diri dan keluarga dalam memenuhi keperluan serta kehendak seiring dengan kemampuan semasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MAIWP menerusi satu hantaran di Facebooknya memaklumkan perkara tersebut selepas pihaknya menerima aduan tentang sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan zakat di ibu kota.

Bagaimanapun, pihaknya menerusi Skuad Jejak Asnaf yang turun ke lapangan terkejut apabila mendapati keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan itu mampu menyewa di sebuah kondominium mewah.

“Bertindak atas aduan awam yang diterima, MAIWP menerusi Skuad Jejak Asnaf telah turun menjejaki sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan kepada bantuan zakat.

“Setibanya di lokasi, kami didatangi perasaan terkejut apabila melihat nilai hartanah di tempat tersebut.

“Secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

MAIWP turut mendedahkan hasil dapatan maklumat pihaknya bahawa keluarga tersebut juga menghuni kediaman berkenaan dengan bayaran sewa secara bulanan dan bukan rumah pusaka ataupun menerima ihsan mana-mana pihak dengan tinggal secara percuma.

Sementara itu katanya, kebanyakan mereka yang menetap di kediaman mewah seringkali memberikan alasan melibatkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak.

“MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Aduan Keluarga SusahKondo MewahMAIWP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elavarasan Ketua Jurulatih Skuad B-23 Negara

Next Post

Rosmah Kena Penjara 10 Tahun, Denda RM970 Juta

Related Posts

Peniaga Boleh Mohon Modal Daripada MAIWP

31/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntuk geran sehingga RM20,000 untuk membantu 1,000 usahawan muda di ibu kota...

MAIWP Peruntuk RM3 Juta Bantu Asnaf,Usahawan Depani Pandemik

16/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM3 juta bagi...

Next Post
Rosmah Kena Penjara 10 Tahun, Denda RM970 Juta

Rosmah Kena Penjara 10 Tahun, Denda RM970 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd