• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

oleh AK-47
23/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa, berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), selain tujuh lagi mendapatkan SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Untuk rekod selain kes melibatkan VLN, Ahmad Zahid turut dibicarakan atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.

Dia diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Jan lalu.

Dalam penjelasannya hakim berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tiga saksi utama mereka tidak boleh dipercayai.

Saksi yang dimaksudkan itu ialah bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) David Tan Siong Sun, dan bekas pengarah syarikat tersebut, Harry Lee Vui Khiun serta Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani.

Dalam keterangannya sebelum ini, Tan memberitahu mahkamah, dia dan Wan Quoris – dengan arahan Lee – pernah menghantar wang tunai berjumlah RM3 juta dalam beg pakaian ke kediaman Zahid.

Mahkamah diberitahu bahawa Tan membuat rekod untuk menunjukkan penghantaran wang tunai bulanan kepada Zahid bermula dari Okt 2014 hingga Ogos 2018.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid Hamidibebasmahkamahpertuduhan rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasangan Suami Isteri Tak Mengaku Dera, Aniaya Dua Anak Saudara Hingga Cedera

Next Post

Jika Tun M Dipersalah, Wan Azizah Pun Sama – Pejuang

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

28/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia...

Next Post
Jika Tun M Dipersalah, Wan Azizah Pun Sama – Pejuang

Jika Tun M Dipersalah, Wan Azizah Pun Sama – Pejuang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd