• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MA63: PM Jamin Pastikan Hak Sabah, Sarawak Terpelihara

oleh AK-47
17/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MA63: PM Jamin Pastikan Hak Sabah, Sarawak Terpelihara
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ismail Sabri yang juga Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63 berkata majlis khas itu bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri itu.

“Pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu, kerajaan Persekutuan telah menyatakan jaminan untuk memberi perhatian kepada isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak. Umpama peribahasa, bersukat sama paras, bertimbang sama berat, kerajaan mahu melihat Sabah dan Sarawak bersama-sama menikmati pembangunan yang pesat, seperti negeri-negeri lain di Semenanjung.

“Kerajaan juga komited menghapuskan jurang pembangunan dan ini dibuktikan dengan peruntukan sebanyak RM5.6 bilion untuk Sabah, manakala RM4 bilion untuk Sarawak pada tahun ini, bagi melaksanakan projek pembangunan seperti bekalan air, elektrik, jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di Melaka, malam tadi.

Ismail Sabri berkata Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 yang diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat pada 14 Dis 2021, bukti kerajaan serius mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata usaha itu selaras dengan agenda transformasi kerajaan, untuk mengembalikan keyakinan rakyat termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan, demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosioekonomi mampan.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri turut mengimbau kembali sejarah penubuhan Malaysia dengan hasrat penubuhannya disuarakan oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, buat pertama kali ketika Persidangan Wartawan-Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara, iaitu di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.

Menyifatkan proses untuk membentuk Malaysia bukan satu yang mudah, beliau berkata segala cabaran membuktikan bahawa tiada jalan pintas dalam melahirkan sebuah negara bangsa berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kerana menagih pengertian dan memerlukan kesabaran para pejuang.

“Sejarah panjang menyaksikan, bukan mudah untuk membentuk Malaysia. Membina pasak persefahaman dan mencari muafakat persetujuan negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak termasuklah Singapura.

“Rintangan yang hadir ketika itu bersifat dalaman dan luaran, termasuklah pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, cabaran ekonomi, kerencaman agama, kaum, budaya dan bahasa.

“Pun begitu, biar seribu halangan yang merintangi, Alhamdulillah setiap satu yang keruh, berjaya dijernihkan dengan kesungguhan dan kebijaksanaan oleh pejuang-pejuang terdahulu,” katanya.

Perdana Menteri berkata nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Mohammad Fuad Stephens, Tun Datu Mustapha Datu Harun, Tun Abang Haji Openg Abang Sapiee, Tun Jugah Anak Barieng dan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha, adalah antara tokoh-tokoh yang telah menoktahkan rundingan penubuhan Malaysia dan pejuang yang mewariskan kemakmuran yang dinikmati kini.

“Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, Hari Malaysia hendaklah menjadi sambutan yang mengingatkan seluruh Keluarga Malaysia tentang kekuatan muafakat dan kesepaduan sosial berteraskan integrasi nasional.

“Tanggal keramat 16 Sept wajar dijadikan titik tolak memperhebatkan azam dan menyemarakkan semangat mencari persamaan. Berpijak di bumi yang sama, Keluarga Malaysia perlu terus berdiri menjunjung langit yang sama, menghayati semangat kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Hak Sabah SarawakMA63pm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tun M Kafirkan PAS, Ini Jawapan Mursyidul Am

Next Post

Penduduk Indonesia Tidak Maafkan Pelancong Kencing Atas Gunung Bromo

Related Posts

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

27/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi...

Next Post
Penduduk Indonesia Tidak Maafkan Pelancong Kencing Atas Gunung Bromo

Penduduk Indonesia Tidak Maafkan Pelancong Kencing Atas Gunung Bromo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd