• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Masak Botol 5 KG Diturunkan Ke RM33.50

oleh Mohd Arshad
01/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Minyak Masak Botol 5 KG Diturunkan Ke RM33.50
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Harga minyak masak botol lima kilogram (kg) diturunkan kepada RM33.50 berbanding RM34.70 bermula 8 September hingga 7 Oktober depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatan kuasa berkenaan hari ini berikutan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO).

Beliau berkata, walaupun harga CPO pada Ogos lalu berlaku peningkatan sedikit iaitu pada RM4,169 berbanding RM4,060 setiap tan metrik pada bulan sebelumnya, harga minyak masak itu boleh diturunkan lagi mengambil kira faktor-faktor seperti harga premium khusus RM2 dimasukkan dalam penentuan harga bulan lalu bagi membolehkan peniaga membuat proses peralihan harga sewajarnya.

“Harga siling kita putuskan pada bulan lalu ditetapkan minyak masak botol lima kg pada harga RM34.70 berdasarkan kaedah penghitung tertentu. Namun, penetapan harga siling itu bukanlah semata-mata berasaskan harga minyak sawit.

“Kita memahami stok lama dibeli peniaga pada harga tinggi, maka harga RM34.70 itu sudah dimasukkan harga premium khusus RM2 diberikan kepada penjual supaya mereka boleh buat proses peralihan setelah harga minyak sawit turun,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Annuar berkata, penetapan harga minyak masak 3kg pula diturunkan kepada RM21.70 kepada RM 21.10; 2 kg (RM14.70 kepada 14.30) dan 1 kg (RM7.70 kepada 7.50).

Beliau bagaimanapun percaya harga minyak masak boleh terus diturunkan dan tidak timbul kekeliruan walaupun harga minyak sawit naik sedikit dengan mengambil kira persaingan dan harga lantai RM2 diberikan sebelum ini.

Kerajaan sebelum ini mewarta harga minyak masak sawit tulen dalam botol menerusi kaedah penentuan harga siling produk itu secara bulanan mengikut purata harga CPO bulan sebelumnya.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, kadar siling bulanan itu ditetapkan melalui kaedah pengiraan ditentukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas rundingan bersama pemain industri minyak sawit tulen, diadakan.

Penetapan harga siling itu berkuat kuasa setiap lapan hari bulan.

-Utusan Online

Tags: hargaMinyak Masak BotolMinyak Masak Botol 5 KG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lokman Adam Didakwa Hina PM, Kerajaan

Next Post

2 Polis Direman Bantu Siasatan Kes Peras Ugut

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

08/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menurunkan harga beras putih import (BPI) antara RM1.50 hingga RM2 bagi 10 kilogram (kg). IKUTI CHANNEL...

Next Post
2 Polis Direman Bantu Siasatan Kes Peras Ugut

2 Polis Direman Bantu Siasatan Kes Peras Ugut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd