• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bebas Atau Bela Diri, Nasib Shafee Abdullah Ditentukan 28 Oktober

oleh Mohd Arshad
15/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bebas Atau Bela Diri, Nasib Shafee Abdullah Ditentukan 28 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Oktober ini sama ada Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap dua pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berhubung penerimaan wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam terkemuka itu turut dibicarakan terhadap dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar penghujahan lisan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee dan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Hakim berkenaan memaklumkan, beliau perlu meneliti penghujahan lisan dan penghujahan bertulis melebihi 500 muka surat yang difailkan oleh kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan pada akhir kes pendakwan.

Pada 12 Mei lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil saksi kelapan yang juga saksi terakhir iaitu pegawai penyiasat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Farid Jabar.

Kes itu mula dibicarakan pada 21 Mei 2021 selepas dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Muhammad Shafee didakwa pada 13 September 2018.

Tertuduh didakwa terhadap dua tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik bekas Perdana Menteri yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau juga berhadapan dua tuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul.

Penyata itu bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015.

UtusanOnline-

Tags: LHDNShafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perselisihan Ahli Sindiket Dadah Punca Ejen Kosmetik Diculik

Next Post

Kibar Bendera Separuh Tiang, Selangor Hormat Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

16/10/2024
0

Sesebuah negara tidak akan berhadapan dengan isu pematuhan percukaian jika setiap warganegaranya memiliki kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab membayar cukai....

Next Post
Kibar Bendera Separuh Tiang, Selangor Hormat Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kibar Bendera Separuh Tiang, Selangor Hormat Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd