• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Helikopter Ditemui RESCUE01

oleh Mohd Arshad
12/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bangkai Helikopter Ditemui RESCUE01
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mayat juruterbang dan bangkai helikopter Eurocopter EC120B yang terhempas di Bidor, Perak, semalam, ditemui berhampiran Kampung Kenangan jam 8.18 pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo, berkata pesawat pendaftaran N409HH itu ditemui oleh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), RESCUE01.

“Combat Air Rescue (CAR) TUDM berada di darat untuk membantu membawa mangsa dari lokasi kejadian.

“RESCUE01 membawa mangsa dan mendarat di Padang Sekolah Anderson jam 10.30 pagi sebelum dibawa ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

“Bagaimanapun, mangsa tidak sedarkan diri ketika misi menyelamat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Voo berkata, penyelarasan mencari dan menyelamat (SAR) di Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) tamat sebaik semua unit SAR kembali ke pangkalan dengan selamat.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

“CAAM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota pasukan SAR daripada TUDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Terima kasih juga kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua organisasi yang terbabit dalam misi SAR ini,” katanya.

Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan KLATCC di Bidor, semalam ditemui maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, dipetik berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Tsz Kin Richard Chan, 58, warga Hong Kong.

Semalam, sebuah helikopter jenis Eurocopter hilang selepas terputus hubungan dengan KLATCC jam 12.16 tengah hari.

Helikopter milik syarikat swasta itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi dengan seorang juruterbang.

Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari.

-Berita Harian

Tags: Bangkai HelikopterRESCUE01
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangkai Helikopter Dibawa Ke PGU Subang, Dua Kru Dibenarkan Keluar Wad

Bangkai Helikopter Dibawa Ke PGU Subang, Dua Kru Dibenarkan Keluar Wad

17/07/2025
0

Iskandar Puteri: Bangkai helikopter AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, minggu lalu, dibawa...

Bangkai Helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun Ditemukan Di Dasar Laut

Bangkai Helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun Ditemukan Di Dasar Laut

20/07/2024
2

TOKYO: Bangkai sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) yang hilang pada April telah ditemukan di dasar laut hari ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd