• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Azeez Kemuka Lagi Representasi Untuk Batal Baki 9 Pertuduhan

oleh Mohd Arshad
07/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Abdul Azeez Kemuka Lagi Representasi Untuk Batal Baki 9 Pertuduhan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengemukakan representasi kelima kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membatalkan baki sembilan lagi pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim pada sebutan kes Abdul Azeez di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi di sini hari ini.

Menurut Nik Haslinie, representasi terbaharu itu dihantar pada 5 September yang mana pada tarikh itu panel Hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan Abdul Azeez selaku pemohon untuk membatalkan sembilan pertuduhan tersebut.

“Pada hari yang sama (5 September) pihak pendakwaan telah menerima satu lagi representasi bertarikh namun masih belum diangkat perhatian kepada AGC. Walaupun isu-isu yang dikemukakan adalah merupakan isu sama namun pihak kami perlu mendapatkan arahan AGC berkenaan dengan representasi terbaharu,” kata Nik Haslinie.

Sementara itu, dalam prosiding sama peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez turut mengesahkan telah menghantar representasi pada 5 September yang mana ia susulan terhadap representasi terdahulu.

Selepas mendengar maklum balas daripada kedua-dua belah pihak, Hakim Azura kemudian menetapkan 23 September ini bagi sebutan semula kes selain pada tarikh sama mendengar status representasi yang dikemukakan Abdul Azeez.

Mengikut sembilan pertuduhan itu, Abdul Azeez, 55, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.

Sementara bagi pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Pada Isnin lalu, Abdul Azeez gagal dalam rayuannya untuk membatalkan sembilan pertuduhan iaitu tiga pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram yang dihadapinya di Mahkamah Rayuan.

Keputusan sebulat suara (unanimous) itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md. Said selepas menolak permohonan Abdul Azeez selaku perayu.

Bagaimanapun empat lagi pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, permohonan perayu untuk mengugurkan empat pertuduhan itu dibenarkan.

Selain Hakim Kamaludin dua lagi panel yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali.

Dalam prosiding itu, Abu Bakar ketika membaca keputusan permohonan tersebut berkata, mahkamah mendapati pertuduhan yang dihadapi perayu di Mahkamah Tinggi tidak cacat dan perayu gagal menunjukkan pendakwaan terhadapnya adalah bersifat mala fide (berniat jahat).

Sebelum ini, Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Setakat ini seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.

-Kosmo Online

Tags: Abdul Azeezrepresentasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi...

Sanusi Akan Kemuka Representasi Gugur Dua Kes Menghasut

Sanusi Akan Kemuka Representasi Gugur Dua Kes Menghasut

29/02/2024
0

SHAH ALAM - Pembelaan bagi pihak Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd