• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

White House Umum Sidang Kelaparan Pertama

oleh Mohd Arshad
31/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
White House Umum Sidang Kelaparan Pertama
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – White House mengumumkan akan mengadakan persidangan Kelaparan, Nutrisi dan Kesihatan pertama dalam tempoh lebih 50 tahun ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha menangani kenaikan inflasi yang menjejaskan harga makanan di seluruh negara, lapor laman berita RT kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ditetapkan pada 28 September ini di Washington, DC, persidangan itu akan menghimpunkan ‘pemimpin kerajaan, ahli akademik, aktivis dan rakyat AS daripada semua lapisan masyarakat’. Ia akan memberi tumpuan kepada isu melibatkan berjuta-juta rakyat terutamanya jaminan makanan berikutan kenaikan mendadak harga barang keperluan.

“Kami akan mengumumkan strategi nasional pada persidangan ini iaitu tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dalam memangkin sektor awam dan swasta untuk memacu perubahan transformatif sekali gus menangani kaitan antara makanan, kelaparan, pemakanan dan kesihatan,” kata kenyataan mengenainya yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre.

Pentadbiran Presiden Joe Biden menyatakan, persidangan itu bertujuan untuk meningkatkan akses dan kemampuan kepada makanan, memperkasakan orang ramai untuk membuat pilihan makanan sihat dan meningkatkan penyelidikan keselamatan makanan di kawasan yang mengalami kemelaratan. Washington juga mendakwa bahawa pihaknya merancang untuk menghapuskan kelaparan di AS sepenuhnya menjelang 2030.

Persidangan itu akan diadakan ketika inflasi memberikan tekanan pada bajet makanan ramai keluarga AS. Harga barangan di kedai-kedai runcit melonjak sekitar 12 peratus sejak tahun lalu, demikian menurut Indeks Harga Pengguna.

Kadar inflasi di bawah pentadbiran Biden pula mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun, mencecah 9.1 peratus pada Jun tahun ini dan mendatar pada 8.5 peratus. Ketika harga makanan, bahan api dan barangan pengguna meningkat, pentadbiran Biden berterusan berbelanja mewah dengan Presiden berkenaan memperuntukkan lebih AS$54 bilion (RM242.2 bilion) untuk bantuan ketenteraan dan ekonomi kepada Ukraine sejak Februari lalu.

Beliau juga meluluskan rang undang-undang belanjawan berjumlah AS$739 juta (RM3.314 trilion) untuk iklim, penjagaan kesihatan dan rombakan cukai awal bulan ini.

-Kosmo Online

Tags: Sidang KelaparanWhite House
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

04/11/2025
0

WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, akan berkunjung ke Rumah Putih untuk lawatan kerja rasmi bersama Presiden...

Kokain Ditemui Di White House

Kokain Ditemui Di White House

06/07/2023
0

WASHINGTON – Dadah jenis kokain ditemui di ruang yang sering digunakan oleh pelawat dan bukan ketika Presiden Joe Biden serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd