• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Berpakaian Ihram Seperti Lelaki, Tindakan Tidak Berakal – Mufti

oleh Mohd Arshad
13/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wanita Berpakaian Ihram Seperti Lelaki, Tindakan Tidak Berakal – Mufti
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Tindakan individu didakwa seorang wanita yang berada di Mekah dan menziarahi Raudhah dengan lengkap berpakaian ihram sebagaimana jemaah umrah lelaki disifatkan sebagai hanya memudaratkan diri sendiri sedangkan agama Islam tidak terjejas oleh tindakan yang tidak berakal itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, agama bukan bahan mainan atau sendaan dan seorang Muslim dituntut menghormati dan mengagungkan agamanya.

Katanya, melakukan perbuatan yang berlawanan dengan hukum Islam dengan sengaja bererti mempermain-mainkan atau mempersendakan agama.

“Dengan tindakan sedemikian pelakunya menjadi kafir. Jika tidak bertaubat dia akan dihumban ke neraka dan akan menerima siksaan yang dahsyat di akhirat.

“Sebenarnya mereka ini hanya memudaratkan diri sendiri sedangkan agama Islam tidak terjejas oleh tindakan yang tidak berakal ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tular di media sosial sejak semalam beberapa hantaran video seorang wanita yang berada di Mekah dan menziarahi Raudhah, lengkap berpakaian ihram sebagaimana jemaah umrah lelaki.

Menurut Wan Salim, banyak lagi cara untuk mencari populariti, namun bukan dengan menjadikan agama sebagai bahan mainan atau sendaan.

“Allah SWT tidak dimudaratkan oleh kemaksiatan sesiapa dan tidak mendapat manfaat daripada ketaatan sesiapa. Agama Allah SWT tetap berkembang pesat dari semasa ke semasa terutama dalam kalangan para ilmuwan dan cerdik pandai di dalam pelbagai bidang ilmu dan kerjaya,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, memang sejak zaman Rasulullah SAW lagi sudah wujud golongan yang suka mempersendakan agama Islam dan menjadikannya bahan mainan.

“Golongan sebeginilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah, surah At-Taubah: 66: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu bermain-main?”

“Sesiapa melakukan tindakan sedemikian sesungguhnya dia telah kufur (jatuh kafir) sebab dikira memandang ringan kepada agamanya,” katanya.

Tambah beliau, keimanan menuntut seseorang mengagungkan serta menghormati Allah SWT, Rasul-Nya dan agama-Nya, sedangkan golongan itu meringan-ringan kesemua tersebut.

“Sebenarnya perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah sifat orang munafik yang diancam di dalam al-Quran dengan siksaan neraka yang ngeri di akhirat kelak,” katanya.

-Utusan Online

Tags: ihramMufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd