• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Kesan Dua Nelayan Hilang Belum Berhasil

oleh Mohd Arshad
11/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Usaha Kesan Dua Nelayan Hilang Belum Berhasil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Enam pegawai dan anggota skuad skuba tidak menemui sebarang objek ketika selaman mengesan dua nelayan hilang dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Redang, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli, berkata beberapa siri penyelaman dilakukan di sekitar kawasan bot karam, tetapi objek ditemui.

Katanya, pencarian melalui udara menggunakan pesawat AW139 milik Maritim Malaysia juga tidak menemui petunjuk.

“Kita melakukan pengesanan melalui udara pada sebelah pagi dan petang ini di sektor pencarian merangkumi keluasan kira-kira 169.4 batu nautika.

“Operasi CARILAMAT hari ini turut membabitkan aset laut termasuk kapal KM BAGAHAK, bot perikanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga not nelayan tempatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dua mangsa yang belum ditemui selepas bot dinaiki bersama empat rakan karam ialah Raja Zainuddin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Ahmad Zamri Ishak, 66.

Dalam kejadian Isnin lalu, bot dinaiki enam nelayan karam akibat dipukul ribut ketika dalam perjalanan pulang selepas memancing dan memasang bubu di perairan Pulau Redang, kira-kira jam 10 malam.

Seorang daripada mereka, Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, terselamat selepas berpaut pada penutup tong ikan dan pelampung bubu serta berenang selama 14 jam meminta bantuan.

Tiga lagi mangsa iaitu Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar, 48, dan Zulkifli Umar, 48, ditemui lemas di lokasi berbeza sekitar 1.7 batu nautika dari Pulau Redang antara jam 11 pagi hingga 1. 30 tengah hari semalam.

Muhammad Suffi berkata, Maritim Malaysia akan memohon bantuan aset laut dan udara agensi lain dalam usaha mengesan Raja Zainuddin dan Ahmad Zamri pada operasi CARILAMAT esok.

“Operasi yang bermula kira-kira jam 7 pagi tadi dihentikan dan akan disambung esok dengan kawasan pencarian diperluaskan,” katanya.

BHonline-

Tags: bot karamMaritim Malaysianelayan hilang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Tarik Balik Aiskrim Haagen-Dazs

Next Post

Manfaatkan E-Lejar LHDNM Elak Tertipu

Related Posts

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

Jangan Jadi Barua, Khianat Negara

20/01/2024
0

Port Dickson: Mereka disifatkan pengkhianat negara apabila dikesan aktif membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini melalui...

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

Next Post
Manfaatkan E-Lejar LHDNM Elak Tertipu

Manfaatkan E-Lejar LHDNM Elak Tertipu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd