• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Tawar ‘Insentif Sinaran Merdeka’ Kepada Pelanggan Komersial

oleh AK-47
09/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TNB Tawar ‘Insentif Sinaran Merdeka’ Kepada Pelanggan Komersial
Share on FacebookShare on Twitter

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi menawarkan ‘Insentif Sinaran Merdeka’ bagi menggalakkan pelanggan komersialnya menerangi bangunan dan kawasan persekitaran dengan lampu hiasan sempena sambutan Bulan Kebangsaan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

TNB dalam kenyataan hari ini, insentif itu adalah bagi tempoh penggunaan elektrik selama dua bulan iaitu dari 1 Ogos hingga 30 September.

“Insentif Sinaran Merdeka adalah dalam bentuk kadar tarif lebih rendah iaitu sebanyak 20.8 sen/kiloWatt per jam kWj bagi jumlah peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata penggunaan tiga bulan, iaitu Mei, Jun dan Julai tahun ini,” kata kenyataan itu.

Permohonan untuk insentif berkenaan dibuka pada 1 Ogos hingga 15 September ini.

Pelanggan yang layak untuk memohon tergolong di bawah tarif perdagangan yang telah mendapat bekalan elektrik sebelum 1 Ogos tahun lalu dan telah menerima sekurang-kurangnya satu bil sebenar sama ada pada Mei, Jun atau Julai tahun ini.

“Manfaat insentif khas ini akan dimasukkan ke dalam bil Oktober tahun ini secara sekali gus dan akan dipaparkan sebagai ‘Diskaun Karnival’,” menurut TNB.

Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran.

“Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Sinaran Merdeka, pelanggan boleh menghubungi talian TNB CareLine di 1-300-88-5454, layari www.tnb.com.my atau e-mel: [email protected],” menurut kenyataan itu.

-Malaysia Kini

Tags: Insentif Sinaran MerdekaPelanggan KomersialTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd