• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Kebenaran Gali Pasir, Mineral Di Tasik Chini – Takiyuddin

oleh AK-47
03/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Lagi Kebenaran Gali Pasir, Mineral Di Tasik Chini – Takiyuddin
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (Ketsa) menegaskan semua aktiviti yang boleh menjejaskan alam sekitar termasuk kelulusan pengambilan pasir dan mineral serta pembangunan di Tasik Chini, Pahang sudah dihentikan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan di Tasik Chini agar status sebagai Tapak Rezab Biosfera dikekalkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

“Kita diberi masa oleh Unesco supaya memulihkan keadaan di Tasik Chini supaya dapat dikekalkan status sebagai Tapak Rezab Biosfera, jadi kita dalam tindakan.

“Tindakan kita ambil dengan menghentikan segala kegiatan di Tasik Chini. Tidak ada kelulusan baru dalam apa-apa usaha. Misalnya untuk ambil pasir, membangunkan kawasan dan mengambil mineral, tidak ada lagi,” katanya.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kejohanan olahraga Sekolah Kebangsaan Islah di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu keadaan Tasik Chini sebagai Tapak Rezab Biosfera Unesco mendapat perhatian selepas Malaysiakini pada 24 Julai lalu melaporkan status itu kini dalam penelitian dan penemuan awal tidak menggalakkan.

Menurut tinjauan berkala pertama Unesco mengenai Tasik Chini, tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka.

Tasik Chini adalah tapak biosfera pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan Unesco diikuti Banjaran Crocker, Sabah (2014) dan Bukit Bendera, Pulau Pinang September tahun lalu.

Sementara itu Takiyuddin berkata, dia akan mengemukakan jawapan terperinci mengenai perkembangan isu tersebut pada sidang parlimen, esok.

“Jadi arahan tegas daripada kerajaan supaya tidak ada lagi kelulusan baru untuk aktiviti galian mineral di sekitar Tasik Chini.

“Yang lebih terperinci saya akan jawab esok di parlimen,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Mineralpasirtasik chini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sempadan Rizab Biosfera Tasik Chini Dicadang Diperluas

Sempadan Rizab Biosfera Tasik Chini Dicadang Diperluas

13/09/2022
0

KUANTAN: Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Chini (Pengubahan) siap disediakan selaras peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta...

Pahang Pastikan Rezab Biosfera Tasik Chini Kekal

Pahang Pastikan Rezab Biosfera Tasik Chini Kekal

02/08/2022
0

KUANTAN : Kerajaan negeri akan memastikan pengiktirafan Tasik Chini sebagai Rezab Biosfera (BR) oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd