• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun

oleh Mohd Arshad
30/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI: Beberapa penduduk di Rumah Rakyat Batang Benar, di sini menyifatkan kejadian hakisan tebing tanah yang berlaku semalam sehingga mengakibatkan sebahagian rumah mereka runtuh adalah tragedi terburuk pernah melanda kawasan berkenaan sejak 40 tahun lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

V Nirmala Devi, 38, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah bersama dua anak berusia 11 dan 12 tahun sebelum tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan tanah di bahagian dapur.

“Saya segera meminta anak keluar dari rumah. Saya meninjau ke dapur dan melihat tanah runtuh sedikit demi sedikit sehingga bahagian pintu dapur dan menyebabkan mesin basuh dan tempat jemur pakaian terjatuh ke bawah dan rosak,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurut Nirmala, dia sekeluarga tidak dapat tidur selepas hujan lebat turun lagi kira-kira jam 2 pagi hari ini kerana bimbang keadaan akan bertambah teruk.

“Sebelum ini, penduduk di sini menyatakan kebimbangan mengenai kejadian malang itu kerana bahagian belakang rumah kami berada di lereng bukit, ditambah terdapat projek pembinaan di bahagian bawah bukit terbabit,” katanya.

R Kumar, 39, berkata, dia risau untuk terus tinggal di rumah berkenaan kerana bahagian dapur dan tandas sudah retak serta tidak boleh digunakan.

“Ketika kejadian saya berada di Banting, Selangor kerana sedang bekerja sebagai pemandu lori. Ibu menghubungi saya kira-kira jam 6.45 petang memaklumkan mengenai kejadian sebelum bergegas pulang.

“Kami tiga beradik memang bekerja dan meninggalkan ibu yang berusia 67 tahun sendirian di rumah. Saya bimbang sekiranya kejadian akan bertambah teruk sehingga ke ruang tamu ketika ibu berseorangan di rumah,” katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya enam kediaman di kawasan berkenaan mengalami keretakan dan runtuh didakwa akibat pemendapan tanah susulan hujan lebat sejak petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mejar (PA) Shamil Ithman, berkata ketika ini keadaan terkawal tiada runtuhan tanah baharu.

“Bagaimanapun, penduduk dinasihatkan supaya mengosongkan rumah kerana bimbang akan berlaku runtuhan lebih-lebih lagi ketika waktu hujan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, J Arul Kumar, berkata kerajaan negeri akan membina tembok di sepanjang lereng bukit di bahagian belakang rumah penduduk di Rumah Rakyat Batang Benar, di sini, susulan kejadian itu.

Arul berkata, tembok berkenaan sebagai penghadang dan menstabilkan kedudukan tanah di lereng bukit kediaman penduduk.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan berkata, penduduk yang membina struktur tambahan di atas tanah rizab kerajaan juga perlu bersetuju supaya binaan berkenaan dirobohkan.

“Hasil siasatan awal mendapati hampir 80 peratus rumah di sini membina struktur tambahan di bahagian belakang dan saya percaya sebahagian besarnya dibina lebih 30 tahun lalu.

“Apabila tanah di lereng bukit itu tidak dapat menampung beban binaan berkenaan, ditambah pula dengan keadaan hujan sejak beberapa hari menyebabkan tanah runtuh,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Katanya, pembinaan tembok berkenaan memakan masa yang lama dan kosnya juga tinggi, namun itu jalan penyelesaian jangka panjang paling berkesan.

“Semua penghuni di deretan itu terpaksa bersetuju supaya struktur binaan tambahan dirobohkan termasuk rumah yang tidak terjejas dalam kejadian ini sebelum tembok penghadang dibina.

“Kami tidak mahu jika di bahagian yang terbabit sahaja dibina tembok kerana berkemungkinan besar kejadian sama akan berlaku lagi di rumah lain. Jadi kami akan bina tembok di sepanjang lereng.

“Beberapa jabatan yang terbabit sudah melawat kawasan ini dan akan mengambil tindakan segera. Buat masa ini penduduk yang terjejas akan dipindahkan ke penempatan sementara.

“Kami akan mencari rumah sewa kepada penduduk supaya mereka dapat dipindahkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah melawat mereka untuk mengenalpasti keperluan jangka pendek dan segera,” katanya.

BHonline-

Tags: hakisantanah runtuhterburuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maut Dalam Kebakaran: Ibu Belum Sedia Maafkan Pelaku

Next Post

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

Related Posts

Banjir Di Kelantan Disifatkan Terburuk Dalam Sejarah

Banjir Di Kelantan Disifatkan Terburuk Dalam Sejarah

30/11/2024
0

PASIR MAS - Banjir yang melanda ketika ini disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Ketua Polis...

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Next Post
Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd