• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Akhir Jemaah Haji Tinggalkan Mekah 13 Ogos

oleh Mohd Arshad
12/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tarikh Akhir Jemaah Haji Tinggalkan Mekah 13 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa tarikh akhir bagi jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini untuk meninggalkan Tanah Suci Mekah adalah pada Sabtu,13 Ogos 2022 lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Haji dan Umrah berkata, syarikat-syarikat Tawafah yang menyediakan perkhidmatan kepada jemaah haji di luar negara perlu mematuhi jadual pelepasan jemaah yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Syarikat-syarikat juga perlu memastikan prosedur perjalanan jemaah haji yang datang ke Arab Saudi disempurnakan mengikut perancangan operasi yang dilaksanakan sepanjang musim haji 2022.

Arab Saudi sekali lagi menekankan kepada semua syarikat yang kepentingan supaya mematuhi tarikh pelepasan keluar jemaah haji bagi memberi ruang kepada kumpulan umrah yang telah bermula pada 30 Julai lalu.

Kementerian itu memaklumkan bahawa semua jemaah umrah yang masih berada dalam negara mesti menyemak butiran pengangkutan dan penginapan mereka daripada syarikat yang mengatur perjalanan mereka.

Seramai satu juta orang Islam yang telah menerima vaksinasi lengkap termasuk 850,000 jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini. Angka tersebut adalah peningkatan mendadak selepas dua tahun bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan global Covid-19.

Sepanjang musim haji 2022, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menyediakan sebanyak 23 hospital dan 147 pusat kesihatan di Mekah dan Madinah sebagai kemudahan kepada jemaah haji domestik dan luar negara.

Ini termasuk menyediakan lebih 1,000 buah katil untuk pesakit yang memerlukan penjagaan intensif dan lebih 200 katil kepada pesakit strok haba. Kerajaan Arab Saudi juga mengerahkan lebih 25,000 pekerja kesihatan sebagai persediaan untuk sebarang kes kesihatan.

-Kosmo Online

Tags: Hajijemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd