• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Tawar Suntikan Penggalak Kepada Kanak-kanak 5-11 Tahun

oleh Mohd Arshad
25/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Singapura Tawar Suntikan Penggalak Kepada Kanak-kanak 5-11 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA: Suntikan penggalak akan ditawarkan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada suku keempat tahun ini sedang Singapura bersiap sedia menjangkakan kemungkinan satu lagi gelombang COVID-19 menjelang hujung tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada masa yang sama, lapor Berita Harian Singapura, keputusan berhubung saranan vaksinasi bagi kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun juga akan diumumkan tidak lama lagi.

Ini menyusuli langkah Penguasa Sains Kesihatan (HSA) yang memberi pengesahan bagi vaksin COVID-19 Spikevax Moderna bagi golongan itu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V) kini menyarankan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan satu suntikan penggalak vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, mulai lima bulan selepas dos kedua siri vaksinasi utama mereka.

MOH sedang mempersiapkan untuk mula menawarkan suntikan penggalak bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun itu pada suku keempat tahun ini, ketika peperiksaan bagi murid sekolah rendah hampir berakhir atau sudah selesai.

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, berkata pemerintah akan menubuhkan lima pusat vaksinasi yang khusus di serata negara untuk memberi suntikan penggalak kepada kanak-kanak ini.

Semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi COVID-19 semalam, Ye Kung berkata MOH memaklumkan hal ini awal disebabkan keprihatinan dalam kalangan ibu bapa.

Menurut kajian membabitkan 6,000 kanak-kanak, tiada di antara mereka mengalami miokarditis, atau keradangan otot jantung, selepas divaksinasi dan kadar mereka yang mengalami reaksi yang serius juga amat rendah.

Sementara kanak-kanak lebih kecil rata-rata menghadapi risiko lebih rendah mengalami sakit teruk apabila dijangkiti COVID-19, beliau memaklumkan terdapat beberapa kanak-kanak berumur bawah lima tahun yang sakit serius selepas dijangkiti virus itu.

Malah, dua anak kecil meninggal dunia akibat COVID-19 baru-baru ini.

Sekiranya vaksin Moderna diluluskan bagi kanak-kanak yang berumur enam bulan hingga lima tahun, Ye Kung berkata ia akan mula ditawarkan pada masa yang sama suntikan penggalak bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mula ditawarkan, di pusat vaksinasi yang sama supaya mudah bagi ibu bapa.

“Sekiranya semua berjalan lancar, kiriman vaksin ini akan tiba di sini pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Menerusi kenyataan berasingan, HSA berkata vaksin Spikevax Moderna sudah diluluskan bagi kanak-kanak berumur enam bulan hingga 17 tahun.

Kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun akan menerima dua dos sebanyak 25 mikrogram setiap satu manakala mereka yang berusia enam hingga 11 tahun akan diberi dua dos sebanyak 50 mikrogram setiap satu.

Mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun pula akan menerima dua dos sebanyak 100 mikrogram setiap satu.

Ye Kung berkata MOH juga sedang mempertimbang vaksin Pfizer-BioNTech bagi bayi dan kanak-kanak kecil.

Ini adalah vaksin tiga dos, dengan dos kedua diberi 21 hari selepas yang pertama sementara dos ketiga diberi lapan minggu selepas yang kedua.

BHonline-

Tags: Covid-19Singapurasuntikan penggalak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilik Premis Perniagaan Gagal Kibar Jalur Gemilang Mula Dikompaun

Next Post

Melaka Perlu Tambahan Guru

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post
Melaka Perlu Tambahan Guru

Melaka Perlu Tambahan Guru

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd