• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Roti Gardenia Naik Harga Lagi

oleh AK-47
28/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Roti Gardenia Naik Harga Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya.

“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

“Kami akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk di tahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna kami,” katanya menerusi satu surat.

Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.

Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.

Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.

Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.

“Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik,” ciapnya.

Perubahan harga itu menyaksikan harga produk roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.

-Sinar Harian

Tags: Naik Hargaroti gardenia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Australia Rampas Syabu Hampir RM5 Bilion

Next Post

Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat KEMAS Naik Kepada RM800 Sebulan

Related Posts

Produk Gardenia Naik 10 Sen Hingga 50 Sen Bermula 1 September

Produk Gardenia Naik 10 Sen Hingga 50 Sen Bermula 1 September

28/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) mengesahkan beberapa produk keluarannya akan dijual pada harga baharu membabitkan kenaikan antara...

Roti Gardenia Naik Harga Sehingga 45 Sen Mulai 1 Dis

25/11/2021
0

Pengguna di Semenanjung Malaysia terpaksa membayar tambahan sekitar 10 hingga 45 sen untuk produk berasaskan roti keluran Gardenia mulai 1...

Next Post
Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat KEMAS Naik Kepada RM800 Sebulan

Elaun Pembantu Pendidikan Masyarakat KEMAS Naik Kepada RM800 Sebulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd