• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Kuota Pekerja asing, Dua Lagi Individu Direman

oleh Mohd Arshad
04/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rasuah Kuota Pekerja asing, Dua Lagi Individu Direman
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Selepas menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat, hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kuota pekerja asing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 30an dan 50an itu masing-masing ahli perniagaan dan pemilik syarikat agensi pekerjaan ditahan pada pukul 10 dan 12 malam di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Sumber berkata, ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan, manakala seorang lagi lelaki tersebut disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing.

Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua lelaki itu direman tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Semalam, SPRM menahan lapan individu dengan enam daripadanya direman tiga hari, manakala dua lagi masing-masing seorang lelaki dan wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Kata beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

-Utusan Online

Tags: Rasuah Kuota Pekerja asingreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

Rex Tan Ditahan Reman Sehari Kerana Soalan Berbaur Perkauman

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd