• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

oleh AK-47
14/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang, Jumaat lalu, direman selama empat hari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, tiga suspek berusia lingkungan 30-an terbabit direman bermula 13 hingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Tiga suspek terbabit akan direman selama empat hari sehingga 16 Ogos ini bagi membantu siasatan kes itu.

“Dua lagi suspek yang ditahan sebelum ini pula masih dalam tempoh reman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menahan semua suspek terbabit dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu serta Bandar Jengka, Pahang, bermula 1 pagi hingga 8 pagi, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ustaz menerima empat jahitan di mata kanan dan tangan cedera serta badan lebam selepas diserang lima lelaki pusat tahfiz berkenaan kerana tidak berpuas hati soal pembayaran makanan.

Dalam kejadian 5.10 petang Jumaat lalu, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu yang mana tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.

Susulan itu, polis menjalankan beberapa serbuan pada awal pagi kelmarin di kawasan Damak, Jerantut, Pahang, di mana dua lelaki ditahan manakala tiga lagi masih bebas.

-Harian Metro

Tags: pukulremantahfizustaz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd