• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Nasihat Peminjam Terbeban Kewangan Tampil Bincang Cari Penyelesaian

oleh Mohd Arshad
27/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PTPTN Nasihat Peminjam Terbeban Kewangan Tampil Bincang Cari Penyelesaian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinasihatkan tampil bersemuka bagi membuat penjadualan semula hutang sekiranya mengalami masalah kewangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya Apli Yusoff, berkata PTPTN memahami kesusahan yang dihadapi peminjam terutama sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang berlarutan selama lebih dua tahun.

Justeru pihaknya sentiasa terbuka dan sedia berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengelak peminjam menanggung kadar bayaran balik yang boleh membebankan mereka.

“Kita faham dalam tempoh pandemik ramai peminjam yang dibuang kerja dan terpaksa menggunakan wang simpanan kecemasan untuk meneruskan kehidupan.

“Jangan takut dengan PTPTN. Kami bukan pengutip hutang sebaliknya kami terbuka dan fleksibel untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan bebanan kewangan mereka,” katanya pada Program Ramah Mesra PTPTN Bersama Media Terengganu di sini malam tadi.

Apli berkata antara kaedah penyelesaian yang boleh dicadangkan kepada peminjam ialah mengurangkan jumlah bayaran bulanan dan memanjangkan tempoh bayaran semula hutang.

Beliau berkata setakat Julai tahun ini lebih dua juta atau 81.7 peratus peminjam telah membuat bayaran pinjaman balik PTPTN mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.

Dalam pada itu, Apli turut menggalakkan ibu bapa supaya membuat simpanan dalam tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang mempunyai pelbagai manfaat jangka panjang untuk pelajaran anak-anak.

Beliau berkata dengan melakukan tabungan awal, kebergantungan kepada pinjaman dapat dikurangkan sekali gus mengelak pelajar terbeban dengan hutang selepas tamat belajar.

“Ramai tidak tahu bahawa pendeposit yang membuat simpanan dalam SSPN boleh mendapat pelepasan cukai taksiran ke atas simpanan hingga RM8,000 dan perlindungan takaful percuma.

“Selain itu, pendeposit SSPN yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 juga layak untuk pemberian geran sepadan hingga RM10,000 bagi penerima manfaat (anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading,” katanya.

Menurut Apli, jumlah deposit terkini di SSPN ialah sebanyak RM12.65 bilion melibatkan 5.49 juta akaun seluruh negara.

-Berita Harian

Tags: peminjamPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd