• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15 Dijangka Tahun Ini – Zahid

oleh Mohd Arshad
14/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15 Dijangka Tahun Ini – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan beberapa petunjuk, selain kebimbangan jika dibiarkan lebih lama, peluang untuk BN mendominasi PRU-15 terlepas kerana isu direka cipta pembangkang.

“Kita sudah bincang dengan ‘Top 5’ termasuk Perdana Menteri (PM) yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ini bacaan saya, pilihan raya pada tahun ini juga… bacaan PM, saya percaya beliau akan mendengar nasihat dan pandangan kita,

“Beliau (PM) orang parti dan sebagai pemimpin sudah pasti tahu masa sesuai kerana isu akan terus timbul dan direka yang mana pembangkang menjadikan budaya kebencian ditanamkan kepada parti kita,” katanya berucap pada majlis penutup Konvensyen Wanita BN, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran serta wakil parti komponen dan Friends of BN.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau tahu pembangkang kini mereka cipta isu untuk memburukkan BN dan terbaru, mereka menggunakan isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang digunakan pada PRU-14.

Namun, katanya, isu itu sudah dijawab dengan cepat pasukan media sosial BN dan momentum itu perlu diteruskan pasukan media sosial parti termasuk Wanita BN.

“TLDM juga sudah menjawab, malah Menteri Pertahanan sudah bawa media pergi dan melihat sendiri kapal LCS ini.

“Adakah logik mereka kata kapal halimunan, kata LCS yang dirasmikan adalah kapal contoh daripada kayu, saya pernah jadi Menteri Pertahanan, saya tahu isu ini.

“Dulu saya dicabar kerana kata kapal selam tidak boleh menyelam, ketika Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA) saya bawa dan ajak Lim Guan Eng lihat sendiri.

“Namun, selepas rasai pengalaman naik kapal selam, beliau tidak cakap apa dan peristiwa ini menunjukkan pembangkang kreatif membuat persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya

Justeru, beliau menggesa ahli BN yang mempunyai media sosial menggunakannya untuk menjawab segera persepsi negatif supaya dapat dihapuskan dan tidak mempengaruhi pengundi.

“Jangan mengambil sikap tunggu dan membiarkan ia menjadi viral, sebaliknya segera menjawab isu, saya lihat ramai yang apabila dapat maklumat kongsi dengan rakan sebarkan, tetapi tidak jawab dan mempertahankan parti,” katanya.

Beliau berkata, seperti isu pendanaan politik dibangkitkan di mahkamah, hanya seorang didakwa walaupun ada ramai disebut menerima dana berkenaan termasuk Perdana Menteri yang mentadbir 22 bulan dan PM yang berkhidmat 17 bulan.

“Orang parti perlu bantu menjawab dan tangkis tuduhan menjatuhkan parti,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada parti komponen BN yang setia dengan gabungan itu ketika susah dan senang.

BHonline-

Tags: Ahmad Zahid HamidiBNPRU-14PRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tonton Piala Dunia 2022 Qatar Di RTM

Next Post

Lapangan Terbang Canberra Ditutup Akibat Insiden Tembakan

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
Lapangan Terbang Canberra Ditutup Akibat Insiden Tembakan

Lapangan Terbang Canberra Ditutup Akibat Insiden Tembakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd