• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Empat Penjenayah Samun Warga Emas

oleh AK-47
26/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Buru Empat Penjenayah Samun Warga Emas
Share on FacebookShare on Twitter

Subang Jaya : Polis memburu empat penjenayah menaiki motosikal yang menyamun seorang lelaki warga emas di hadapan rumahnya di Jalan SS18, di sini, Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian itu berlaku 8.50 malam ketika mangsa berusia 70-an memberhentikan Toyota Camry di lokasi berkenaan selepas pulang dari tempat kerja.

“Empat lelaki yang menaiki dua motosikal kemudian menghampiri mangsa dengan seorang daripada mereka mengacukan parang lalu mengambil dompet lelaki warga emas berkenaan.

“Seorang lagi suspek pula merampas kunci kereta milik mangsa dan membawa lari kereta berkenaan. Lokasi kejadian ini adalah kawasan perumahan dua tingat yang tidak mempunyai pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, hasil siasatan mendapati tiada rakaman kamera tertutup (CCTV) di rumah mangsa (lokasi kejadian) dan rumah jirannya.

“Ketika kejadian, suspek memakai topi keledar dan berbadan kurus, namun mangsa gagal mengecam secara terperinci fizikal penjenayah berkenaan kerana keadaan gelap serta dalam keadaan panik,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 397/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor S Anthony John di talian 012-5043470.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 bagi membantu siasatan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: burupenjenayahpolissamunwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd