• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayar Cukai Kali Pertama Dan Sijil Digital

oleh AK-47
21/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembayar Cukai Kali Pertama Dan Sijil Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap tahun akan ada golongan muda memasuki alam pekerjaan atau perniagaan sama ada dalam kalangan graduan universiti mahupun lepasan sekolah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berkat rezeki oleh Yang Maha Esa didorong dengan kesungguhan dan kerajinan sebahagiannya akan memperoleh pendapatan yang cukup baik dalam apa jua bidang mereka ceburi.

Ini bermaksud sebahagian golongan muda yang telah melangkah ke alam pekerjaan atau perniagaan akan layak dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Kepada mereka yang pertama kali perlu membayar cukai pendapatan usah risau kerana jumlah cukai yang dikenakan oleh LHDNM sama sekali tidak akan merugikan anda.

Sebaliknya ia digunakan untuk menampung perbelanjaan yang sedang anda nikmati sebagai rakyat Malaysia ketika ini termasuk kesihatan, pendidikan, keselamatan dan segala-galanya.

Justeru, dalam era teknologi makliumat perkara yang paling sinonim sebagai pembayar cukai kali pertama yang perlu anda ketahui adalah tentang Sijil Digital atau No. Pin.

Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian sistem ezHASiL.

Ia umpama kad pengenalan atau MyKad khas yang diberi secara percuma oleh LHDNM untuk memudahkan anda menguruskan urusan percukaian anda dengan LHDNM secara dalam talian.

Secara umum Sijil Digital digunakan bagi mengesahkan capaian pengguna untuk menggunakan e-Filing dan menandatangani Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian.

Cara untuk mendapatkan Sijil Digital atau No. PIN bagi individu adalah adalah dengan hadir ke cawangan LHDNM berhampiran anda.

Manakala permohonan untuk No. PIN e-Filing Organisasi melalui Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH).

Apa yang perlu anda lakukan selepas memperoleh Sijil Digital atau No. PIN adalah seperti berikut:

– Log masuk ke https://mytax.hasil.gov.my/ laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.

– Pilih PerkhidmatanezHASiL -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.

– Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.

– Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

Jangan bimbang mengenai keselamatan teknologi Sijil Digital ini kerana menurut LHDNM secara teorinya untuk memecahkan kekunci 2048 bit pada sistem itu akan mengambil masa selama 3,000,000 tahun.

-Mynewshub

Tags: CukaiLHDNMpembayar cukaiSijil Digital
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Parlimen Bentong Dikehendaki Polis?

Next Post

Banjir Pulih, 2 PPS Di Johor Ditutup

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

e-PCB Plus Permudah Urusan Pembayar Cukai

e-PCB Plus Permudah Urusan Pembayar Cukai

11/10/2024
0

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu e-PCB Plus sedang dibangunkan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post
Banjir Pulih, 2 PPS Di Johor Ditutup

Banjir Pulih, 2 PPS Di Johor Ditutup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd