• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Orang Beritahu Muhammad Damin Terkurung Dalam Tandas’ – Ibu

oleh AK-47
29/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Orang Beritahu Muhammad Damin Terkurung Dalam Tandas’ – Ibu
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Selangor : “Ada orang datang maklumkan arwah terkurung dalam tandas yang sedang terbakar. Saya tanya teruk atau tidak (keadaan arwah) tetapi orang itu meminta saya datang ke tempat kejadian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Dalam keadaan menggigil, saya bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, saya nampak pihak berkuasa membuat garisan tidak boleh masuk,” kata Hizanawati Abu Bakar, 48.

Hizanawati adalah ibu kepada Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16, yang meninggal dunia dalam tandas awam yang terbakar di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sama dia lihat ada trak polis dan melihat keadaan itu mula dapat mengagak bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

“Semalam, arwah teringin sangat nak makan sambal ikan kembung dan minta saya masak untuk dia.

“Kebetulan, saya jarang sediakan juadah itu kerana ia merupakan kegemaran abang arwah (Muhammad Danial Haikal Khamsol) yang meninggal dunia kerana penyakit kencing tikus, tiga tahun lalu,” katanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya iaitu remaja lelaki masing-masing berusia 15 dan 16 tahun sedang berbaring di atas sofa di dalam tandas berkenaan.

Kebakaran bermula apabila dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum berlaku kebakaran.

Mangsa dikatakan tertidur di atas sofa berkenaan, namun sudah terjaga ketika kejadian tetapi baring semula.

Mengimbau kembali detik terakhir bersama anak kelima daripada enam beradik itu, Hizanawati berkata, dia menitipkan pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada Muhammad Damin yang mahu keluar ke restoran mamak supaya mencuci luka di dua jari kanan yang terkena kaca, Jumaat lalu.

“Kedua-dua jari arwah luka ketika dalam perjalanan untuk bermain futsal di Alam Jaya.

“Jadi, saya ingatkan dia ajak kawan pergi ke klinik berhampiran untuk temankan dia cuci luka.

“Menerusi mesej sama, saya tanya arwah sama ada dia sudah makan atau belum. Dia kata sudah makan dan saya beritahu sambal ikan kembung sudah siap masak.

“Arwah membalas ‘okey’ dan memberitahu dia sudah makan ubat. Waktu saya mesej dengan arwah pada jam 2.26 petang,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di kediamannya di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini, hari ini.

Hizanawati berkata, dia tidak pernah terfikir akan kehilangan Muhammad Damin selepas pemergian Muhammad Danial dan suaminya, Kamsol Abd Kadir.

“Suami meninggal dunia akibat strok pada April 2019. Selang beberapa bulan kemudian (September), Muhammad Danial pula menyusul.

“Pemergian arwah adalah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga terutamanya menghantar dan mengambil adik bongsunya (Qawiem Razin, 10) pulang sekolah.

“Jiran dan guru sekolahnya juga terasa kehilangan arwah yang mana sifatnya peramah dan rajin,” katanya.

Pada masa sama katanya, dia sekeluarga menuntut polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca sebenar kematian Muhammad Damin.

“Ketika ini, kami masih menanti keputusan bedah siasat arwah yang dijangka diperoleh pada petang hari ini (semalam).

“Walaupun reda dengan pemergiannya, kami mahu tuntut keadilan agar punca sebenar dapat diketahui dan didedahkan kepada orang ramai,” katanya.

Hizanawati berkata, sekiranya kes itu meragukan dia akan membuat laporan.

“Saya tidak anggap kejadian ini sebagai satu gurauan kerana ia membabitkan kehilangan nyawa selain bimbang selepas ini perlakuan tidak disengajakan seperti ini berlaku kepada pihak lain,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Muhammad DaminTerbakarTerkurung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi Sekali Lagi Cabar Abd. Latiff Kemukakan Saman

Next Post

Curi Motosikal Berang Gaji Tak Dibayar, Buruh Dijel 12 Bulan

Related Posts

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

15/04/2024
0

KUCHING: Kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa' Umor,...

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

11/03/2024
0

Pasar raya besar Mydin di Manjoi yang terbakar semalam ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak,...

Next Post
Curi Motosikal Berang Gaji Tak Dibayar, Buruh Dijel 12 Bulan

Curi Motosikal Berang Gaji Tak Dibayar, Buruh Dijel 12 Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd