• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

oleh Mohd Arshad
17/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14 hari dengan kali terakhir perubahan dilakukan empat tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Aminuddin Awang, berkata cadangan itu selaras peningkatan jumlah maksimum pengumpulan gantian cuti rehat (GCR) penjawat awam daripada 150 hari kepada 160 hari bagi award gantian tunai (golden hand shake) seperti dibentangkan pada Belanjawan 2022.

Katanya, NUTP kini sudah bersedia menyuarakan hasrat itu pada Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan jumlah hari CRK guru yang juga menyumbang kepada Award Gantian Tunai selepas bersara.

Katanya, kali terakhir jumlah hari CRK dinaikkan adalah pada 2018 iaitu tujuh hari kepada 10 hari dan terpakai hingga kini.

“Jumlah 10 hari CRK kini dilihat tidak mencukupi untuk guru memandangkan faktor keperluan kehidupan guru sekarang.

“Apatah lagi untuk menggunakan lebihan CRK sebagai gantian tunai sewaktu bersara. Kami melihat ini penting demi kebajikan guru selepas bersara,” katanya.

Terdahulu, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum GCR daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Menurut kenyataan JPA, sekiranya pegawai mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul boleh digunakan pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pihaknya melihat situasi tugas guru kini mendorong kepada hak mereka diberikan CRK selama 14 hari.

“Tugas seorang guru kini amat mencabar apatah lagi mereka juga menjalani kehidupan seperti penjawat awam lain.

“Pemberian 14 hari CRK dilihat membantu guru mengumpulkan award gantian tunai mereka pada masa hadapan.

“Ini juga termasuk peluang mereka menggunakan CRK dengan berhemah tanpa perlu tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Cuti Rehat Khas GuruNUTP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kabinet Putuskan Eksport Ayam Hari Ini

Next Post

3,429 Kes Baru Covid-19, Sembilan Kematian

Related Posts

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

NUTP Mahu Maszlee Kekal Sebagai Menteri Pendidikan

26/11/2019
0

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Dr. Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan sekiranya berlaku rombakan Kabinet....

Next Post
Covid-19: 3,943 Kes Baru, 4 Lagi Korban

3,429 Kes Baru Covid-19, Sembilan Kematian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd