• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maritim Selamatkan Lima Pemancing Terkandas

oleh AK-47
18/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Maritim Selamatkan Lima Pemancing Terkandas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR: Lima pemancing tempatan menempuh detik getir apabila terkandas di Pulau Batu Berantai akibat cuaca buruk kira-kira 1.4 batu nautika di barat laut Pantai Remis, Jeram, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka ialah Mohd. Yazid Basir, 37; Zamri Romli, 39; Mohd. Razwan Hussin, 48; Hamidi Rohani, 70, dan Tohid Sangon , 65, yang masing-masing berasal dari Tanjong Karang dan Jeram itu berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pukul 10.20 pagi tadi.

Tiga daripada mangsa itu terkandas di pulau berkenaan selama 15 jam manakala dua lagi hampir tiga jam.

Mohd. Razwan berkata, dia bersama dua mangsa lain dihantar sebuah bot ke Pulau Batu Berantai pukul 7.20 petang semalam dan sepatutnya pulang pagi tadi, bagaimanapun bersyukur apabila melihat pesawat helikopter Maritim Malaysia berlegar di kawasan perairan tersebut.

“Namun, kira-kira 8.30 pagi tadi, bot itu tiba dengan menurunkan dua lagi pemancing kerana mempunyai urusan lain di Pulau Angsa. Bot itu bagaimanapun tidak muncul dan dipercayai terkandas akibat cuaca buruk

“Kami kemudian segera melambai tangan meminta pertolongan kerana bimbang keadaan menjadi lebih serius. Selain telefon bimbit, peralatan seperti jaket keselamatan dan alat memancing sudah dihanyutkan ombak sekali gus menyebabkan kami gagal menghubungi sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Juruterbang

Dalam pada itu, Ketua Stesen Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Kepten Maritim Syed Islam Shahajam berkata, ketika kejadian pesawat AW139 dinaiki dua juruterbang dan tiga kru termasuk perenang penyelamat sedang menjalankan rutin latihan penerbangan.

“Keadaan laut ketika itu bergelora dan merisikokan nyawa pemancing sekiranya mereka hanyut kerana tidak memakai jaket keselamatan.

“Semua mangsa diselamatkan apabila perenang penyelamat berjaya membawa mereka naik ke dalam pesawat dengan menggunakan teknik ‘winching’,” jelasnya.

Jelas beliau, lima pemancing itu kemudian diterbangkan ke SUMS dan diberikan rawatan awal oleh lima ambulans dari Hospital Sungai Buloh, Shah Alam dan Tunku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) selepas didapati dalam keadaan lemah dan trauma.

Lima lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: MaritimPemancingterkandas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

22/12/2024
0

Semporna : Tiga pemancing berdepan detik cemas apabila dirompak empat lelaki berpakaian celoreng tentera di kawasan perairan antara Pulau Boheyan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd