• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terima Pelaburan Digital RM7.2 Bilion Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
17/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Terima Pelaburan Digital RM7.2 Bilion Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berjaya menarik lebih RM7.2 bilion pelaburan pada separuh pertama 2022, selain pelaburan RM10.94 bilion pada 2021, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM18.14 bilion.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa, berkata pelaburan itu terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.

“Pencapaian berkenaan telah membuktikan negara kita berada pada kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL),” katanya pada sidang media di Putrajaya yang turut disiarkan secara maya hari ini.

Pelaburan digital itu diperoleh daripada 53 syarikat yang berkembang pesat dan terkemuka dalam industri dari pelbagai negara termasuk Australia, China, Jepun, Singapura, Switzerland, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, usaha untuk menarik pelabur adalah sebahagian daripada usaha nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital di ASEAN serta membantu mempercepat pemulihan ekonomi berikutan kesan pandemik COVID-19.

“Pelaburan digital amat penting dalam proses pemulihan ekonomi kerana ia akan mewujudkan pekerjaan berpengetahuan tinggi dan membantu mempercepat inovasi serta adaptasi teknologi dalam Revolusi Perindustrian Keempat, seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital serta mengukuhkan kedudukan Malaysia untuk menjadi sebuah negara digital,” katanya.

Bernama-

Tags: Annuar MusaK-KOMMMalaysiapelaburan digital
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja 17 Tahun Didakwa Seludup 25 Migran Myanmar

Next Post

Kes SRC: Peguam Najib Tak Kemukakan Hujahan Rayuan Akhir

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dari China, India,...

Next Post
Kes SRC: Peguam Najib Tak Kemukakan Hujahan Rayuan Akhir

Kes SRC: Peguam Najib Tak Kemukakan Hujahan Rayuan Akhir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd