• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tunggu Maklum Balas Representasi Abdul Azeez

oleh Mohd Arshad
26/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tunggu Maklum Balas Representasi Abdul Azeez
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan masih menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap representasi yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mempertimbang pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali berkata, kes itu sudah mengambil masa yang agak lama dan keputusan representasi masih belum diketahui.

Hakim Kamaludin ketika menyuarakan perkara itu berkata, AGC perlu menjawab sama ada representasi itu dibenarkan atau ditolak supaya mahkamah dapat membuat keputusan terhadap rayuan Abdul Azeez sama ada untuk mengekalkan atau membatalkan 13 pertuduhan terhadapnya.

“Kes ini sudah banyak kali ditangguhkan, Peguam Negara atau sesiapa sahaja perlu menjawabnya. Jika tolak, tolak la asalkan ada jawapan. Kalau tidak ia akan tergantung begitu sahaja,’ ujar Hakim Kamaludin.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron memaklumkan pihaknya akan menyampaikan pesanan mahkamah itu kepada pihak pengurusan di AGC.

Sementara itu, Hakim Abu Bakar menarik perhatian mahkamah bahawa panel tersebut sudah bersedia untuk mengumumkan keputusan rayuan hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan keputusan rayuan pada 5 September ini.

Pada 1 Julai lalu, panel tersebut menangguhkan keputusan rayuan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti petunjuk baharu berhubung pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Abdul Azeez.

Mahkamah ketika itu diberitahu, petunjuk baharu tersebut terkandung dalam representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan kepada AGC untuk pertimbangan pertuduhan.

Mahkamah memberi penangguhan terakhir kerana kes itu sudah terlalu lama dan sebarang keputusan oleh pihak SPRM dan AGC perlu dimuktamadkan secepat mungkin.

Ketika rayuan disebut hari ini, peguam Amer Hamzah Arshad memaklumkan Abdul Azeez tidak hadir kerana sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak pukul 2 pagi selepas diserang penyakit berkaitan perut.

Ujar Hakim Kamaludin, pada peringkat ini, mahkamah tidak mempertikai tahap kesihatan Abdul Azeez namun perayu ada hak untuk menarik diri daripada rayuan itu.

Bagaimanpun, Amer Hamzah meluahkan kekecewaannya kerana AGC masih belum menjawab empat representasi yang dikemukakan walhal pihaknya sudah
mengemukakan pelbagai dokumen sokongan dan surat terakhir dihantar pada 27 Jun lalu.

“Kita berharap ada jawapan daripada AGC. Mereka boleh terima atau menolak representasi yang dikemukakan jika ia lemah,” ujar Amer Hamzah.

Pada 21 Mac 2021, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan pertuduhan berkata, mahkamah mendapati semua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonan Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.

Abdul Azeez menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di ibu negara pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Beliau turut didakwa atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Kesalahan pengubahan wang haram didakwa dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

-Utusan Online

Tags: Abdul AzeezKes Abdul AzeezmahkamahMaklum Balas Representasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd