• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

oleh AK-47
10/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL
Share on FacebookShare on Twitter

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen memandu vokasional (GDL), kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Jaminan saya, ia langsung tidak sama dengan GDL yang telah dijalankan terhadap mana-mana kenderaan empat roda atau mereka yang bawa barangan,” katanya bagi menjelaskan kekeliruan pemain industri berhubung syarat pemilikan lesen vokasional khas bagi penunggang p-hailing apabila beberapa akta sedia ada dipinda.

Wee dalam sidang media di Putrajaya hari ini berkata proses mendapatkan GDL yang dijalankan terhadap kenderaan empat roda atau mereka yang membawa barangan adalah ketat dengan perlu ke institut memandu dan menghadiri kursus khas.

Katanya untuk lesen vokasional khas itu – yang namanya akan ditentukan kemudian – penunggang p-hailing tidak perlu ke institut memandu sebaliknya hanya menduduki kursus induksi selama tiga jam yang akan dilaksanakan secara dalam talian.

Mereka juga, katanya, tidak perlu hadir ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti yang disyaratkan bagi kereta kerana penghantaran barangan melalui motosikal adalah secara kecil-kecilan.

Kata Wee, mereka juga akan dikenakan caj minimum iaitu tidak melebihi RM10 bagi tujuan pendaftaran lesen.

“Masa nak serap mereka masuk (daftar), (kita akan) bagi moratorium dan tidak perlu bayar setahun. Dengan cara ini, kita akan dapat semua data mengenai penunggang p-hailing,” katanya sambil menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pengenalan lesen khas berkenaan adalah membebankan.

Wee berkata lesen vokasional khas itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada status penunggang p-hailing selain membolehkan Kementerian Pengangkutan mengetahui bilangan penunggang yang ada dalam negara serta memudahkan penyaluran bantuan kepada komuniti terbabit.

Isnin lalu Wee dilaporkan berkata mesyuarat kabinet pada 5 Ogos lepas bersetuju supaya Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dipinda bagi tujuan pengawalseliaan serta penetapan peraturan.

Menurut Wee, selaku menteri pengangkutan, dia ‘bimbang’ apabila Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menghantar laporan kajian pemerhatian tingkah laku melibatkan 16,308 penunggang p-hailing kepadanya yang menunjukkan 62 peratus daripadanya berhenti di petak kuning atau di lintasan pejalan kaki.

Kajian yang dibuat menerusi kamera litar tertutup di 11 jalan raya di Kuala Lumpur pula mendapati 14 peratus penunggang p-hailing memegang telefon dan melanggar lampu isyarat, tujuh peratus membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan manakala tiga peratus bertindak melawan arus.

-Malaysia Kini

Tags: GDLLesenp-hailingPenunggang P-Hailing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

Next Post

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

Related Posts

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

25/11/2024
0

Iskandar Puteri : Kerajaan negeri disaran membuat beberapa penambahbaikan bagi mengurangkan kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol, termasuk...

Kekalkan Keistimewaan Penjawat Awam Dapatkan Rawatan Di IJN – Cuepacs

Pusat Jagaan, Rawatan Ibu Bersalin Tanpa Lesen Diserbu

28/02/2024
0

KLANG - Kegiatan sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja dekat sini mengundang...

Next Post
Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara – Saravanan

Insiatif KSM Bantu Kurangkan Pengangguran Dalam Negara - Saravanan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd