• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Laksana Pembaharuan Sistem Pembekalan Elektrik Negara-PM

oleh AK-47
29/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Akan Laksana Pembaharuan Sistem Pembekalan Elektrik Negara-PM
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan akan melaksanakan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara sebagai langkah awal merancakkan lagi komitmen negara dalam peralihan tenaga, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, kerajaan meluluskan peruntukan dan pengagihan semula kuota tenaga boleh baru (TBB) sebanyak 1,200 megawat (MW) bagi sumber solar.

Katanya kuota baru ini akan diagihkan untuk pelaksanaan program di bawah mekanisme sedia ada termasuk New Enhanced Dispatch (NEDA) dan program pemasangan solar di bumbung bangunan.

Selain itu, katanya untuk penerokaan kaedah pelaksanaan program TBB baru seperti pembangunan taman solar, pembekalan elektrik untuk tujuan pusat-pusat data baharu serta penjanaan hidrogen hijau.

Dia berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata ia juga untuk penyediaan opsyen baru perolehan bekalan elektrik hijau kepada syarikat korporat melalui konsep Perjanjian Pembelian Tenaga Maya (VPPA), mulai suku keempat 2022, dengan tawaran kuota 600MW.

“Dengan persetujuan ini, kerajaan menjangkakan 14,000 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan baru berjumlah RM6 bilion dapat diwujudkan bagi menyokong pembangunan industri TBB negara,” katanya.

Katanya, kerajaan akan turut melaksanakan inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu serta Pulau Tioman, Pahang bagi menyediakan bekalan elektrik yang konsisten, mampu bayar dan rendah pelepasan karbon.

“Pengguna elektrik di kedua-dua buah pulau peranginan itu akan menerima bekalan elektrik selama 24 jam menjelang 2025, sekali gus mengurangkan kira-kira 70 peratus pelepasan gas rumah kaca,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan turut menetapkan kerangka perundangan kawal selia keselamatan pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) supaya aspek keselamatan awam dan pengguna terpelihara dan terjamin.

Sehubungan itu, katanya Garis Panduan Pembangunan Infrastruktur EV di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) akan dikuatkuasakan pada suku keempat 2022 untuk memastikan pembangunan infrastrukturnya dilaksanakan dengan selamat dan teratur mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan kerjasama Syarikat MySuri Biz Technologies Sdn Bhd akan menyediakan 1,000 unit EV teksi, sebagai menyokong usaha nyahkarbon negara.

“Keterlibatan pihak GLC seperti TNB perlu dipergiatkan bagi menyokong pembangunan industri EV negara,” kata Ismail Sabri.

-Malaysia Kini

Tags: KerajaanPembaharuan Sistem Pembekalan ElektrikpmSistem Pembekalan Elektrik Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Kesan Lecur Di Tangan Bella Mungkin Kerana Air Panas’

Next Post

Projek Solar: Nasib Rosmah Ditentukan Khamis

Related Posts

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

20/06/2025
0

PUCHONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Next Post
Projek Solar: Nasib Rosmah Ditentukan Khamis

Projek Solar: Nasib Rosmah Ditentukan Khamis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd