• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

oleh Mohd Arshad
02/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan keputusan dewan pada 23 Mac lalu yang menolak lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau menjelaskan, pindaan itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 100, dengan mengetepikan undian yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Azhar memutuskan, undi dibuat Tajuddin seharusnya tidak diterima kerana wakil rakyat itu sudah digantung selama dua hari daripada menghadiri sidang dewan iaitu pada 21 Julai dan 22 Julai 2022, yang dibuat oleh Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon ketika itu.

“Selalunya saya akan melihat insiden dan meninjau dari kamar saya (perjalanan sidang dewan). Tetapi pada hari itu, saya ada mesyuarat, saya melihat (persidangan menerusi televisyen). tetapi ‘volume’ itu saya ‘off’. Jadi saya lihat, tetapi tak tahu. Saya tidak tahu dan tidak dimaklumkan mengenai penggantungan itu. Kalau saya tahu, saya tidak akan benarkan Pasir Salak (mengundi).

“Jadi, saya gunakan peratusan mesyuarat 100 untuk meminda keputusan belah bahagian dari usul Menteri Dalam Negeri pada 20 Julai 2022 iaitu daripada 105 bersetuju kepada 104 bersetuju dan tidak hadir dipinda dari 32 kepada 33, manakala undi yang menolak sebanyak 83 tetap sama,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Pindaan kepada keputusan undian belah bahagi itu bagaimanapun tidak memberi perubahan terhadap kelulusan RUU berkenaan memandangkan undian Ahli Parlimen yang bersetuju masih melebihi yang tidak bersetuju.

Azhar berkata, tidak dimaklumkan ketika mempengerusikan sesi undian usul RUU itu oleh timbalan speaker dan sekretariat mengenai keputusan penggantungan Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Semalam, dua Ahli Parlimen menggesa tindakan diambil terhadap Rashid kerana didakwa mengelirukan dewan apabila berkata beliau menggantung Tajuddin selama dua hari berikutan dakwaan ahli parlimen itu menggunakan perkataan lucah di Parlimen pada 20 Julai.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, hansard menunjukkan Tajuddin sudah diminta meninggalkan Dewan Rakyat ketika sesi pagi pada 20 Julai lalu, tetapi beliau kemudian kembali untuk sesi petang dan disenaraikan sebagai seorang yang mengundi usul untuk melanjutkan Subseksyen 4(5) SOSMA.

BHonline-

Tags: pindaSOSMATajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd