• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kem Cerdik Cukai Tingkat Kesedaran Generasi Muda

oleh AK-47
16/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kem Cerdik Cukai Tingkat Kesedaran Generasi Muda
Share on FacebookShare on Twitter

Kem Cerdik Cukai yang mula diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada tahun 2011 terbukti berjaya meningkatkan kesedaran dalam

Ikuti Mynewshub: Telegram

kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah untuk membayar cukai.

Sebagai contoh, pada tahun 2017 sekitar 3.615 juta pembayar cukai individu yang dkategorikan sebagai belia telah menjalankan tanggungjawab untuk mendaftar sebagai pembayar cukai pendapatan.

Angka itu menunjukkan peningkatan ketara iaitu hampir 30,00 pembayar cukai baharu dalam kalangan belia berbanding tahun 2016 sekitar 3.585 juta dan 2015 sekitar 3.553 juta.

Kem Cerdik Cukai merupakan suatu program pendedahan awal mengenai cukai oleh LHDNM kepada generasi muda termasuk dalam kalangan pelajar sekolah tentang kepentingan cukai dalam usaha membangunkan negara.

Melalui program berkenaan, generasi muda juga dididik tentang tanggungjawab membayar cukai sebagai suatu yang bersifat patriotik dan cinta terhadap tanah air.

Generasi pewaris negara perlu difahamkan tentang kepentingan cukai bagi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan sekali gus menyokong usaha Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Justeru, insiatif LHDNM mengadakan program Kem Cerdik Cukai wajar diberi pujian dan seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan pihak sekolah demi masa depan negara yang gemilang.

Seperti peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, maka mendidik anak bangsa tentang tanggungjawab kepada negara perlulah ketika mereka masih berusia muda.

Seperti sering diperkatakan Pembayar Cukai Wira Negara kerana merelakan kerajaan mengambil peratusan kecil daripada pendapatan mereka demi masa depan negara.

Hasil cukai diperoleh kerajaan daripada cukai dikenakan itu yang digunakan untuk mentadbir dan menguruskan negara dalam bentuk bajet tahunan.

Mentadbir dan menguruskan aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan, pembangunan dan segala-galanya yang diperlukan untuk kemakmuran Malaysia.

Tanpa hasil cukai sesebuah negara tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk menjamin keselamatan, kesihatan, pendidikan mahupun pembangunannya.

Perbelanjaan untuk sekolah, hospital, klinik kesihatan, jalan raya, balai polis, balai bomba dan segalanya-galanya adalah hasil daripada cukai.

Sumber cukai juga digunakan untuk membantu hidup rakyat melalui bantuan subsidi ke atas barangan keperluan seperti minyak dan bahan makanan asas.

Pembangunan yang dilaksanakan menggunakan hasil cukai pula dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi.

Hasil cukai juga membolehkan kerajaan memodenkan lagi negara kita sekaligus menggalakkan pelaburan asing yang sangat penting untuk sesebuah negara.

-Mynewshub

Tags: generasi mudaKem Cerdik CukaikesedaranLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd