• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Putuskan Eksport Ayam Hari Ini

oleh AK-47
17/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kabinet Putuskan Eksport Ayam Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kabinet akan memuktamadkan keputusan hari ini, sama ada untuk membenarkan semula penternak mengeksport ayam atau sebaliknya, selepas pembekuan eksport produk itu berkuatkasa 1 Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata semalam kementeriannya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengenai langkah ini.

“Ini berikutan, terdapat laporan lambakan ayam di pasaran serta permintaan tinggi daripada penternak untuk mengeksport ayam ke Singapura.

“Jadi hari ini kita tunggu keputusan daripada Kabinet,” katanya ketika ditemui pada kempen ‘Kopi Merdeka’ oleh Tealive, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan, bermula 1 Jun ini, sehingga harga dan pengeluaran ayam untuk kegunaan domestik kembali stabil.

Keputusan itu antara beberapa langkah jangka pendek yang dicapai mesyuarat Kabinet terhadap isu bekalan dan harga ayam.

Pada masa sama, Rosol turut mengakui bahawa kementerian turut berdepan masalah harga makanan masih kekal tinggi walaupun harga bekalan ayam sudah stabil.

“Tiada alasan sebenarnya untuk peniaga makanan kekalkan harga dan sekiranya masih berdegil, kementerian akan cari jalan bagaimana mengatasinya.

“Jika ada aduan, kita akan lakukan siasatan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.

-Berita Harian

Tags: ayameksport ayamkabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd