• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johnson & Johnson Henti Penjualan Talkum Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
13/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johnson & Johnson Henti Penjualan Talkum Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Syarikat multinasional Amerika Syarikat (AS), Johnson & Johnson (J&J) akan berhenti menjual bedak bayi berasaskan talkum ke seluruh dunia bermula tahun 2023, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan itu dibuat selepas lebih dua tahun J&Ja menamatkan penjualan produk tersebut di AS dan Kanada susulan polemik saman daripada beribu-ribu pengguna bedak berkenaan.

“Sebagai sebahagian daripada penilaian portfolio di seluruh dunia, kami membuat keputusan komersial untuk beralih kepada portfolio bedak bayi berasaskan tepung jagung.

“Bedak bayi berasaskan jagung juga sudah dijual di kebanyakan negara di dunia,” demikian menurut kenyataan J&J

Pada tahun 2020, J&J mengumumkan bahawa ia akan menghentikan penjualan bedak talkum bayi di AS dan Kanada kerana permintaan menurun akibat peningkatan kes saman.

Syarikat itu berdepan kira-kira 38,000 saman daripada pengguna yang mendakwa produk talkumnya menyebabkan kanser kerana mengandungi bahan karsinogen iaitu asbestos.

J&J menafikan dakwaan itu dan berkata, ujian saintifik dan kelulusan kawal selia selama beberapa dekad menunjukkan talkumnya selamat dan bebas daripada asbestos.

Syarikat itu menamatkan operasi anak syarikatnya, LTL Management pada Oktober tahun lalu berikutan lambakan saman yang menjadikan perniagaan tersebut muflis sekali gus menyebabkan tuntutan yang masih belum didengari di mahkamah tergendala.

Sebelum pemfailan kebankrapan, LTL menanggung kos AS$3.5 bilion (RM15.5 bilion) dalam bentuk keputusan mahkamah dan dan penyelesaian di luar mahkamah. Ini termasuk ganti rugi lebih AS$2 bilion (RM8 bilion) yang diberikan kepada 22 wanita dalam satu tuntutan saman berkumpulan.

-Kosmo Online

Tags: Henti PenjualanJohnson & Johnsontalkum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johnson & Johnson Hentikan Jualan Bedak Bayi Talkum

Johnson & Johnson Hentikan Jualan Bedak Bayi Talkum

12/08/2022
0

NEW YORK: Syarikat Johnson & Johnson (J&J) akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum secara global, tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Malaysia Tertarik Kaedah 1 Dos Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson

18/02/2021
0

PUTRAJAYA - Malaysia tertarik dengan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson berikutan penerima hanya memerlukan satu dos, kata Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd