• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu P-Hailing: KSM Bakal Buat Pengumuman Penting

oleh AK-47
12/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu P-Hailing: KSM Bakal Buat Pengumuman Penting
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal membuat satu pengumuman penting dalam masa terdekat berkaitan dengan isu kebajikan pekerja p-hailing dan e-hailing di dalam negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, beliau sudah berbincang berkenaan perkara itu bersama dengan Ketua Setiausaha kementeriannya.

“Dalam seminggu dua ini saya akan buat pengumuman bagaimana kita akan menggunakan kuasa Menteri Sumber Manusia untuk memberi jaringan keselamatan dan sebagainya.

“Sebelum itu saya akan bawa perkara ini kepada Jemaah Menteri untuk dapat kelulusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) dan Portal MyPerkasa TVET di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Baru-baru ini, media melaporkan sekumpulan penghantar p-hailing melakukan boikot dengan tidak beroperasi selama 24 jam sebagai tanda tidak berpuas hati dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

Sementara itu, Saravanan berkata, isu kekurangan pekerja asing dihadapi syarikat di dalam negara sudah berjaya diselesaikan termasuk berkaitan dengan urusan bersama 14 negara sumber.

Pada 19 Julai lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin memaklumkan purata kekurangan pekerja di sektor perladangan sawit adalah dianggarkan seramai 54,190 orang.

Selain itu, syarikat Malaysia dari perladangan sawit hingga pengeluar semikonduktor dilaporkan terpaksa menolak tempahan dan terlepas jualan berbilion ringgit akibat kekurangan lebih sejuta pekerja.

Mengulas mengenai pinjaman pendidikan dilancarkan itu, Saravanan berkata, ia akan disediakan untuk semua kaum dengan peminjam tidak perlu membayar faedah untuk 12 bulan pertama.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) agar pinjaman itu diberikan kepada individu mengikuti kursus yang mempunyai permintaan tinggi pada masa hadapan.

“Sebab hari ini kita lihat satu masalah besar dihadapi negara ialah ketidaksepadanan kerja di mana graduan tidak dapat peluang pekerjaan apa yang mereka peroleh dalam pendidikan.

“Salah satu sebab kerana kita tidak mengenal pasti program pendidikan yang ada peluang pekerjaan meluas.

“Maka PTPK perlu mengkaji sektor TVET yang ada masa depan dengan melihat kepada perkembangan industri revolusi 4.0,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: Isu P-HailingKSMp-hailingpengumuman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18...

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

26/06/2025
0

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi akan meneliti keperluan untuk menambah baik seterusnya memperkenalkan semula pakej perkhidmatan internet p-hailing Rahmah yang pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd