• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

oleh Mohd Arshad
13/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland
Share on FacebookShare on Twitter

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun tamat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Amalan memburu paus dimansuhkan di negara itu tetapi pada Jun lalu, sebuah syarikat penangkapan ikan paus, Hvalur hf. kembali ke pelabuhan Reykjavik dengan kargo paus sirip.

Paus sirip dianggap sebagai spesies terancam dan merupakan paus kedua terbesar selepas Paus Biru.

Dalam gambar dramatik yang dirakam di stesen penangkapan ikan paus di Kampung Midsandur, beberapa pekerja memotong bangkai ikan itu menggunakan peralatan dan mengambil dagingnya.

Lesen syarikat Hvalur hf. ditetapkan untuk tamat pada tahun depan dan terdapat perbincangan oleh Kementerian Perikanan Iceland bahawa penangkapan ikan paus mungkin dihentikan selepas itu.

Penangkapan paus oleh syarikat itu terhad kepada kuota dan tahun ini mereka hanya dibenarkan memburu 161 ekor paus sirip dan 217 paus Minke.

Paus sirip dianggarkan mempunyai populasi global antara 50,000 hingga 90,000 ekor. Menurut Yayasan Hidupan Liar Dunia, paus itu disenaraikan sebagai ‘terancam’.

Sebahagian besar produk yang diekstrak daripada ikan paus akan dihantar ke Jepun di mana tulang dan dagingnya adalah makanan istimewa.

Amalan itu sangat tidak popular di Iceland kerana ia dianggap kejam dan ia bukan peyumbang signifikan kepada ekonomi negara.

Menulis dalam akhbar Morgunblaðið Iceland, ahli politik parti hijau, Svandis Svavarsdottir berhujah bahawa amalan itu tidak wajar dari segi ekonomi.

“Terdapat beberapa justifikasi untuk membenarkan pemburuan ikan paus selepas 2024. Terdapat sedikit bukti bahawa terdapat sebarang kelebihan ekonomi untuk aktiviti ini,” katanya.

Kosmo-

Tags: icelandIkan Pausmamalia marin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Paus Pilot Sirip Pendek Pula Muncul Di Terengganu

26/07/2019
0

DUNGUN - Sekumpulan paus pilot sirip pendek “short finned pilot whale” atau nama saintifiknya globicephala macrorhynchus ditemui berenang berhampiran Pulau Perhentian di perairan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd