• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

oleh Mohd Arshad
14/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Lapan buah kawasan di Britain secara rasmi diisytiharkan mengalami kemarau akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Antaranya termasuk De­von dan Cornwall, Solent dan South Downs, Kent, selatan London dan East Sussex, Herts dan utara London, East Anglia, Thames, Lincolnshire dan Northamptonshire serta East Midlands, demikian menurut Jabatan Alam Sekitar, Pertanian dan Urusan Luar Bandar.

Orang ramai dan premis perniagaan di kawasan terjejas digesa menggunakan air dengan cermat.

“Semua syarikat pembekal air meyakinkan kami bahawa bekalan penting masih terjamin.

“Kami lebih bersedia berbanding sebelum ini untuk menghadapi kemarau tetapi akan terus memantau situasi dengan teliti termasuk impak kepada petani dan alam sekitar serta mengambil tindakan lanjut mengikut keperluan,” kata Menteri Air, Steve Double dalam satu kenyataan.

Suhu petang kelmarin mencecah 35 darjah Celsius di selatan Britain sekali gus lebih panas berbanding lokasi iklim tropika seperti Bahamas.

Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca panas melampau untuk sebahagian besar England dan Wales sehingga hari ini di samping amaran tentang kesan haba terhadap kesihatan orang awam.

Kumpulan Kemarau Kebangsaan Britain yang terdiri daripada pembuat keputusan daripada agensi kerajaan dan swasta yang diketuai oleh Menteri Air, Steve Double mengadakan pertemuan kelmarin untuk membincangkan tindak balas terhadap musim panas kali ini yang dianggap paling kering di Britain dalam tempoh lima tahun di samping usaha berterusan yang perlu dilaksanakan.

Kumpulan itu turut membincangkan pandangan semasa, risiko serta impak berkaitan kemarau. Mereka bersetuju untuk meneruskan kerjasama merentasi pelbagai sektor dalam mengimbangi keperluan air dan menjimatkan air.

-Kosmo Online

Tags: Englandkemarau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

26/08/2023
0

MEXICO CITY - Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu untuk transit melalui terusan itu kini dianggarkan...

60 Peratus Benua Eropah Berdepan Kemarau

60 Peratus Benua Eropah Berdepan Kemarau

10/08/2022
0

LONDON – Balai Cerap Kemarau Eropah (EDO) menganggarkan sekitar 60 peratus rantau Kesatuan Eropah (EU) dan Britain berada di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd