• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus Empat Rang undang-undang

oleh Mohd Arshad
15/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Negara Lulus Empat Rang undang-undang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

RUU berkenaan adalah RUU Kastam (Pindaan) 2022, RUU Eksais (Pindaan) 2022, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa ketika menggulung usul perbahasan RUU Kastam (Pindaan) 2022 berkata pindaan itu bagi menambah baik perundangan percukaian negara, selari dengan perubahan semasa perniagaan.

“Semua perkara yang kita pinda ini, kita buat melalui pandangan dan maklum balas daripada pelanggan dan ia lebih kepada memudahkan pelanggan untuk memenuhi obligasi mereka sebagai pencukai tanpa diberi denda, kerana kalau akta lama, mereka didenda.

“Saya rasa lebih baik kita belajar daripada krisis COVID-19 ini di mana ada Perintah Kawalan Pergerakan, saya rasa tidak adil untuk mereka diberi denda dan kita perlu beri kuasa kepada menteri untuk pastikan mereka ini diberi sedikit kelonggaran supaya boleh membayar kerana mereka ini sebenarnya adalah pembayar cukai yang baik, bukan sengaja tidak dibayar,” katanya.

Yamani Hafez berkata, RUU Eksais (Pindaan) 2022 dilaksanakan bagi memasukkan peruntukan baharu yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.

Selain itu, beliau berkata RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dilakukan bagi memasukkan peruntukan baharu bagi kelonggaran pihak industri dan kerajaan untuk melaksanakan obligasi yang perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu ketika kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.

RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 pula dilakukan bagi memasukkan peruntukan baharu yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.

Sementara itu, sebelum sesi persidangan hari ini ditangguh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, cadangan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang terlebih dahulu pelantikan Ahli Dewan Negara tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara Komanwel yang mempunyai Perlembagaan seperti Malaysia.

Malah, katanya, cadangan supaya fungsi jawatankuasa itu untuk menimbang pelantikan Ahli Dewan Negara adalah tidak selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan Ahli Dewan Negara dalam Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa prerogatif untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya setuju pelantikan Ahli Dewan Negara perlu memberi nilai tambah kepada institusi Parlimen dengan mengambil kira kepakaran dan kelayakan individu dan saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) meneliti perkara ini serta kerajaan mengalu-alukan cadangan menambah baik kriteria Ahli Dewan Negara,” katanya.

Terdahulu, Datuk A Kesavadas membawa usul mencadangkan pemilihan Ahli Dewan Negara dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas dan separuh daripada pelantikan senator oleh Yang di-Pertuan Agong diagihkan kepada individu bukan bipartisan.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Bernama-

Tags: Dewan NegarameluluskanRUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd