• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ByrHASIL Permudahkan Pembayaran Cukai

oleh Mohd Arshad
18/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
ByrHASIL Permudahkan Pembayaran Cukai
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melaporkan sehingga 30 April lalu seramai 912,418 pembayar cukai menggunakan ByrHASIL FPX.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Manakala seramai 30,517 lagi pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka melalui ByrHASIL Kad Kredit.

Angka tersebut suatu perkembangan yang menggalakkan dalam Malaysia menuju kepada sebuah negara berasaskan teknologi tanpa tunai.

Sejak bermulanya pandemik, lebih separuh daripada pengguna Asia Tenggara telah mengurangkan kekerapan penggunaan wang tunai.

Kajian ‘Consumer Payment Attitudes Study 2022 : Navigating A New Era In Payments’ mendapati sikap ini diterajui pengguna di Singapura (97 peratus), Malaysia (96 peratus), Indonesia (95 peratus) dan Vietnam (95 peratus)

Antara kelebihan transaksi dalam tunai adalah menjimatkan masa sekali gus mengurangkan “idle time” dan meningkatkan produktiviti negara.

Ia lebih selamat kerana tidak perlu khuatir terhadap insiden rompakan atau keciciran wang dan lebih mudah diuruskan serta kurang risiko kesalahan.

Justeru bagi yang belum mengetahui, ByrHASIL adalah aplikasi elektronik untuk pembayaran cukai pendapatan melalui bank-bank yang dilantik.

Salah satu perkhidmatan itu adalah menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai mereka.

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana – mana bank yang menyertai FPX untuk mengggunakan perkhidmatan ByrHASIL.

Kedua adalah pembayaran cukai melalui

ByrHASIL menggunakan kad kredit secara dalam talian di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit/debit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.

Bayaran Cukai Pendapatan melalui Kad Kredit boleh dilakukan di portal ByrHASIL dari pukul 12 am hingga 10:59 pm setiap hari.

Perkhidmatan itu bagaimanapun akan ditutup dari 11:00 pm hingga 11:59 pm setiap hari bagi tujuan penyenggaraan sistem.

Bagi mengetahui senarai bank terlibat untuk perkhidmatan ByrHASiL boleh klik ke pautan berikut http://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html.

Usah terlalu bimbang akan berlaku kegagalan semasa menggunakan aplikasi elektronik ByrHASIL.

LHDNM akan menguruskan pembayaran balik ke akaun pembayar cukai dengan kerjasama PayNet dan bank pembayar cukai.

-Mynewshub

Tags: ByrHasilCukaiLHDNMpembayaran cukai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd