• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Kanan BNS Dijangka Didakwa Esok Isu LCS

oleh Mohd Arshad
15/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Pegawai Kanan BNS Dijangka Didakwa Esok Isu LCS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai kanan di syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes kontroversi itu, esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sumber berkata individu itu akan didakwa dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kes itu menjadi perhatian umum selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati lima kapal yang ditempah pada 2013 gagal disiapkan sehingga sekarang walaupun RM6 bilion sudah dibayar.

Jemaah menteri kemudian mengarahkan supaya siasatan mengenainya disegerakan manakala Pejabat Peguam Negara (AGC) akan membuat keputusan secepat mungkin berhubung kes perolehan LCS, membabitkan peruntukan RM9.128 bilion.

“AGC akan buat keputusan `ASAP’ (secepat mungkin), please bear with us (minta bersabar),” kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi BH.

Khamis lalu, SPRM dalam satu kenyataan menyebut, pihaknya sudah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan LCS kepada Jabatan Peguam Negara.

Suruhanjaya itu juga memaklumkan, ia sudah melengkapkan kertas siasatan membabitkan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu,” katanya.

Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan, dengan kos keseluruhan RM9 bilion bagi tempoh bermula 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya sebelum ini menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

BHonline-

Tags: dakwaanLCSPegawai Kanan BNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

12/02/2026
0

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan tidak berasas dan berniat jahat yang diterbitkan sebuah media antarabangsa serta menegaskan...

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

08/02/2026
0

JITRA: Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd