• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Campak Anak Dari Jejambat Alami Masalah Mental

oleh AK-47
03/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bapa Campak Anak Dari Jejambat Alami Masalah Mental
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masalah mental dipercayai punca seorang lelaki Myanmar tergamak mencampak tiga anaknya dari jejambat setinggi 20 meter di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebelum terjun di tempat sama, pada Selasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dua anaknya yang berusia enam dan tujuh tahun maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang dianggarkan berusia lima tahun kritikal.

“Ibu kanak-kanak berkenaan, warga Myanmar juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah dirakam keterangan semalam (Selasa).

“Hasil siasatan awal kita percaya suspek mengalami masalah mental menyebabkan dia melakukan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.

Eng Lai berkata, mangsa yang terselamat berada dalam keadaan kritikal dan diberikan ubat pelali oleh pasukan perubatan di Hospital Selayang.

Pada Selasa Sinar Harian melaporkan, dua kanak-kanak warga Myanmar maut akibat dicampak bapa mereka dari jejambat di Jalan MRR2 di sini.

Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun itu dilihat berjalan sambil menggendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

Polis dalam kenyataan berkata, kesemua kanak-kanak dan suspek terbabit ditemui berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya di sini.

Kesemua mangsa dipercayai warga Myanmar kerana pemeriksaan di lokasi menemui dua kad UNHCR untuk orang pelarian milik suspek dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Tags: campakjejambatmasalah mental
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ainul Mardhiah Lepasi Tahap Kritikal, Masih Di ICU

Next Post

Pekebun Minta Kerajaan Mudahkan Proses Ambil Pekerja India, Pakistan

Related Posts

Campak Dari MRR2, Lelaki Dan 2 Kanak-Kanak Maut

Campak Dari MRR2, Lelaki Dan 2 Kanak-Kanak Maut

02/08/2022
0

Kuala Lumpur : Lelaki warga Myanmar bertindak kejam apabila mencampak tiga kanak-kanak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20...

Kontena Jatuh Jejambat Hempap Lori, Pemandu Selamat

05/04/2022
0

PELABUHAN KLANG: Seorang pemandu lori nyaris maut selepas kenderaan dipandunya itu dihempap sebuah kontena yang terjatuh dari jejambat berdekatan susur...

Next Post
Pekebun Minta Kerajaan Mudahkan Proses Ambil Pekerja India, Pakistan

Pekebun Minta Kerajaan Mudahkan Proses Ambil Pekerja India, Pakistan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd