• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Negara Ke-23 Sahkan Keanggotaan NATO Finland, Sweden

oleh Mohd Arshad
11/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AS Negara Ke-23 Sahkan Keanggotaan NATO Finland, Sweden
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani dokumen ratifikasi bagi kemasukan Finland dan Sweden ke dalam pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis menandatangani dokumen sokongan tersebut dibuat seminggu selepas Dewan Senat mengesahkan kemasukan dua negara Nordic itu ke dalam blok NATO.

“Ini merupakan detik penting dalam sejarah dunia.

“Saya percaya keanggotaan dua negara ini akan menjamin keselamatan serta kestabilan yang lebih besar bukan sahaja buat Eropah dan Amerika Syarikat, bahkan seluruh dunia,” kata Biden.

Beliau menerusi laman Twitter kemudian sekali lagi menyatakan sokongan rasmi kepada Finland dan Sweden selepas menurunkan tandatangan pada dokumen sokongan keanggotaan tersebut.

“Finland dan Sweden akan menjadikan NATO lebih kuat. Hari ini, saya menandatangani Instrumen Pengesahan AS, menjadikan Washington anggota sekutu ke-23 yang meluluskan keahlian mereka dalam NATO,” tulis akaun rasmi Biden.

Selepas AS, Sweden dan Finland memerlukan baki kesemua 30 pengesahan dari negara-negara anggota lain sebelum sah bergelar ahli NATO.

Sebaik sahaja perkara tersebut dipenuhi, kedua-dua negara itu akan dilindungi di bawah Perkara Lima NATO, di mana serangan ke atas salah satu sekutu dianggap sebagai serangan kepada semua ahli.

Senarai tujuh negara yang belum menandatangani ratifikasi yang diperlukan Finland dan Sweden adalah Sepanyol, Turkiye, Austria, Greece, Bulgaria, Slovakia dan Republik Czech.

-Kosmo Online

Tags: ASFinlandNATOSweden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Venezuela Akan ‘Serahkan’ Sehingga 50 Juta Tong Minyak Kepada AS – Trump

Venezuela Akan ‘Serahkan’ Sehingga 50 Juta Tong Minyak Kepada AS – Trump

07/01/2026
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) , Donald Trump pada Selasa berkata bahawa kerajaan interim Venezuela akan menyerahkan sehingga 50...

Greenland: AS Pertimbang Pelbagai Opsyen Termasuk Ketenteraan – Rumah Putih

Greenland: AS Pertimbang Pelbagai Opsyen Termasuk Ketenteraan – Rumah Putih

07/01/2026
0

WASHINGTON -  Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membincangkan "pelbagai opsyen” bagi memperoleh Greenland, termasuk menggunakan ketenteraan AS,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd